Pengurusan Masa Cuti Sekolah 

Satu masalah utama yang disebut-sebut oleh pelajar ialah masalah pengurusan masa. Walaupun semua pelajar tahu bahawa kita semua sama-sama ada 24 jam sehari, mereka tetap hadapi kesukaran memahami mengapa ia terasa seperti cuma ada 12 jam sahaja sehari dalam hidup mereka. Jangan kata pelajar, orang dewasa juga hadapi masalah yang sama. Jika saya imbas zaman persekolahan saya sendiri, saya juga tidak terkecuali daripada masalah pengurusan masa.

Jadi sepanjang cuti sekolah ini, apa kata kita beberapa tips yang boleh digunakan untuk menguruskan masa. Secara khususnya, saya akan bincangkan 7 tips pengurusan masa. Sebaik-baiknya, kita gunakan kesemua tips ini serta-merta sepanjang cuti sekolah ini agar apabila sekolah bermula nanti, kita akan mula rasa selesa dengan gaya pengurusan masa yang betul.

Dr Tara Kuther7 tips ini saya pelajari daripada artikel hasil tulisan Dr. Tara Kuther, Professor dalam bidang Psikologi di Universiti of Western Conneticut State. Beliau menulis tips ini untuk ditujukan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah, kolej dan universiti. Setelah saya baca dan faham artikel tersebut, saya akan kongsikan bersama anda mengenai tips ini berdasarkan apa yang saya faham.

Saya juga akan tulis tips ini sebagai satu panduan untuk anda jadikannya satu latihan sepanjang cuti persekolahan ini. Jadi saya percaya artikel yang bakal saya kongsikan ini sesuai untuk anda jika anda bergelar seorang pelajar.

Kita akan mulakan tips ini esok. Sebelum itu, apa kata anda fikirkan, apakah masalah yang anda hadapi berkenaan pengurusan masa. Senaraikan sebanyak mungkin. Jika anda boleh senaraikan masalah yang dihadapi, membaca tips-tips ini akan jadi lebih mudah untuk anda fahami. Kita bertemu esok.