Tue 15 Jan 2008
Adab menuntut ilmu online - Adab 4
Posted by Osman Affan under Fikir, Motivasi, Petua, Soft Skills, Teknik Belajar
![]()
Adab keempat dan adab terakhir yang ingin saya kongsikan jika kita menuntuy ilmu secara online ialah ‘apa yang perlu dilakukan ketika tetamu meninggalkan rumah‘. Sekarang bayangkan jika kita menjadi tetamu di rumah seseorang. Setelah kita dihidangkan dengan minuman dan dilayan dengan baik, apa yang perlu kita lakukan sebelum meninggalkan rumah tersebut? Mudah sahaja bukan? Apa yang perlu dilakukan ialah meminta diri dan ucapkan terima kasih atas layanan yang kita terima.
Jadi semasa menuntut ilmu online, setelah kita dapat apa yang kita minta atau soal,
- Minta diri. Cara paling mudah untuk minta diri ialah dengan mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan layanan seseorang yang telah membantu kita. Ucapan terima kasih adalah sesuatu yang sangat mudah dilakukan tetapi
kesannya kepada penerima sangat besar. Manusia sangat suka jika dihargai. Jika kita ucapkan terima kasih dengan baik dan ikhlas kepada sesiapa yang menolong kita, dia akan rasa gembira dan lebih besar kemungkinan akan menolong kita lagi di lain hari. Dia juga akan rasa dihargai dan turut merasa gembira. Bukankah ini perkara yang baik?
Tips:
- Sebelum kita minta bantuan seseorang secara online seperti meminta jalan penyelesaian atau khidmat nasihat, pastikan kita bersungguh-sungguh mahu membuat perubahan. Saya biasa melihat pelajar yang suka bertanya soalan tetapi mereka tidak berminat untuk melakukan apa yang dinasihatkan. Jadi, setelah diberi nasihat, mereka kata nasihat itu sukar dilakukan dan mula bertanya tentang masalah lain pula. Jika kita tidak berminat untuk berubah, orang juga tidak akan berminat untuk menolong.
- Jika kita mahu bertanya, tanya soalan yang pendek, ringkas dan terus kepada masalah. Jangan tanya soalan yang cuba menunjukkan kita pandai. Contohnya,
- “Tuan, benarkah kita patut ada matlamat untuk berjaya? Setahu saya melalui buku-buku yang saya baca, matlamat adalah perkara terpenting untuk mencapai kejayaan. Kajian juga menunjukkan bahawa 3% sahaja orang dewasa yang ada matlamat dan mereka inilah yang berjaya dalam hidup. Saya sendiri banyak dengar dalam ceramah dan kursus-kursus yang pernah saya hadiri tentang kepentingan matlamat ini. Dalam Islam juga ada menerangkan tentang matlamat ini sebenarnya.”
- Panjang bukan soalan ini? Namun jawapannya hanya, “Ya, benar.” Soalan ini hanya menunjukkan yang penyoal lebih berminat untuk memberitahu apa yang dia rasa dia tahu. Jika ini berlaku, penyoal akan jadi seorang yang mahu belajar dalam keadaaan gelas yang penuh. Klik di sini dan baca petua 1 apa akibat jika anda menyoal begini.
Selamat mencuba.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













