Tue 26 Feb 2008
Affiliate Kursus Motivasi & Teknik Belajar Bersama Osman Affan
Posted by Osman Affan under Motivasi, Program Motivasi
Assalamualaikum. Saya dengan sukacitanya menjemput anda semua menjadi affiliate Kursus Motivasi & Teknik SmartStudy. Dalam masa yang terdekat ini, kursus ini akan diadakan pada 11 dan 12 Mac 2008 iaitu dalam masa cuti persekolahan.
Saya percaya jika anda biasa dengan laman web, blog dan forum, anda pasti sudah tahu konsep Affiliate ini. Jadi, tidak perlulah saya bercerita panjang.
Anda boleh mendaftar sebagai Affiliate secara percuma dan mula mempromosikan kursus ini mengikut cara dan gaya anda yang tersendiri. Namun akan datang saya dengan bantuan sahabat saya Dino akan menerangkan beberapa tips dalam usaha untuk menjadi Affiliate yang berjaya.
Untuk program Affiliate ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Dino (www.moneyclicking.net) yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dari segi teknikal. Tanpa beliau, huru-hara agaknya kalau saya buat sendiri. Terima kasih juga kepada Azhar aka Zaizen (www.graphicsalien.com) di atas rekabentuk banner dan rekabentuk baru laman web smartstudy.com.my.
Anda boleh mendaftar sebagai affiliate di www.smartstudy.com.my/aff









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













