Mon 18 Feb 2008
Hujung minggu bersama pelajar cemerlang UTHM
Posted by Osman Affan under Cerita, Motivasi, Program Motivasi, Teknik Belajar
Pada hari Jumaat hingga Ahad lalu (15-17 Feb) saya bersama beberapa associate trainer (Ihsan, Coach Ridz & Coach Sha) berada di Savannah Hill, Johor. Program yang saya kendalikan kali ini bertajuk ‘Towards First Class’ untuk pelajar cemerlang daripada Universiti Tun Hussein Onn.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengekal dan mendorong para peserta untuk mendapat kecemerlangan menjelang hari graduasi. Walaupun para peserta ini sudah dikategorikan sebagai cemerlang, mereka perlukan sedikit panduan untuk mengekalkan malah menaikkan lagi kecemerlangan mereka. Antara topik yang saya kendalikan ialah topik bagaimana menentukan hala tuju dan bagaimana cara mengekalkan semangat dan keazaman untuk berjaya.

Apabila saya berada di hadapan pelajar cemerlang, saya dapat rasakan tenaga dan semangat mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Mereka mudah berikan tumpuan dan cepat memberi maklumbalas terhadap apa yang dipersembahkan kepada mereka. Malah mereka cepat ‘tangkap’ atau faham lawak jenaka yang disampaikan. Ini bukanlah kerana mereka dilahirkan berbeza tetapi mereka telah latih diri mereka untuk fokus dengar dan lihat dengan teliti pada apa yang sedang mereka pelajari.
Kita semua boleh jadi begini. Kita semua mempunyai kebolehan untuk menjadi pelajar cemerlang. Tidak kira sama ada kita sedang belajar atau sudah bekerja, kebolehan untuk mempelajari sesuatu yang baru adalah sangat penting. Bayangkan jika anda sudah berumur lebih 30 tahun tetapi tidak pandai untuk belajar sesuatu yang baru. Akibatnya, anda kekal di takuk lama. Betapa anda tidak suka keadaan hidup anda sekalipun, anda akan kekal begitu kerana anda tidak pandai untuk menambahkan koleksi ilmu yang baru.

Saya ucapkan tahniah kepada para peserta program ini yang begitu bersemangat semasa program dijalankan. Walaupun mereka letih sedikit kerana program agak penuh sepanjang hari namun mereka masih bersemangat dan boleh menumpukan sepenuh perhatian.
Terima kasih saya ucapkan kepada urusetia terutamanya Ms Shikin, Ms Aspa dan Ms Nora atas layanan baik yang kami terima terima sepanjang program. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya (Ihsan, Coach Ridz & Coach Sha) yang bersama saya semasa program dijalankan.
Tahniah!! ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














February 18th, 2008 at 9:49 am
apabila saya melihat gambar yang tuan attach kan tu…
saya turut merasakan tempias aura semangat dan kesungguhan mereka.
tampak di wajah mereka keceriaan, keriangan dan kecemerlangan.
membuatkan saya begitu teringin untuk kembali ke zaman seperti itu.
aduhai…rindunya diri ini kepada suasana sedemikian.
February 18th, 2008 at 10:17 am
What’s up Mr. O! I agree with you. The aura of the students was infectious. And my..my..the place - Savannah Hill - was serene and superb. Terasa seperti di luar negara gitu.
February 18th, 2008 at 5:39 pm
Tuan pakar…. memang kalau sesiapa ada kat sana, mesti dapat rasa aura tu. Sayang pulak aura macam tu dah banyak hilang bila orang meningkat dewasa (atau meningkat tua).
Coach Sha, terima kasih kerana singgah di sini. Terima kasih juga kerana berjaya mengangkat lagi semangat dan kesungguhan pelajar pada hari dan minit-minit terakhir. Saya percaya pelajar sangat ‘enjoy’ sepanjang program ni.
February 21st, 2008 at 9:41 am
saya amat berterima kasih kpd en osman krn memberikan input yg sgt berguna pada saya. jika tuan ingin tahu..selasa lepas selepas pulang dari mengikuti program ini saya terlibat dengan pembentangan, alhamdulillah saya dapat mengaplikasikan apa yang diajar dengan baik..saya amat berpuas hati dengan program ini. jutaat terima kasih kepada En.Osman, coach sha, coach riz, abg ihsan dan semua urusetia terlibat.
February 21st, 2008 at 9:57 am
Insan bertuah,
terima kasih kerana sudi singgah di sini. Gembira bila saya dapat tahu apa yang dikongsikan semasa program berjaya diaplikasikan. Semoga terus kekal berjaya begitu.
Sampaikan salam saya buat kawan-kawan.
February 22nd, 2008 at 4:59 pm
assalamualaikum..
En Osman mmg best!!!!kami semua pelajar yang ikut program En Osman mmg seronok sangat.input2 yang diberi semuanya kami manfaatkan dalam kelas dan dalam kehidupan. yang penting, SENYUM TIGA
(nasib baik pak guard x kate kami kurang siuman) hehehe
February 22nd, 2008 at 6:05 pm
Waalaikumsalam.
Ketawa…. hehe… bagus eh, nama pun guna ketawa…saya asyik terbayang peserta-peserta yang asyik ketawa je dalam program hari tu.
Terima kasih kerana sudi singgah sini. Terima kasih juga sebab dapat manfaatkan apa yang telah saya kongsikan. Cuma ingat pesan saya, jangan salah guna tips-tips mengawal emosi macam senyum tiga dan angkat bahu tu ye….