dengarSatu perkara yang sangat penting jika kita mahu pelajari sesuatu dengan cepat ialah kita mesti mempunyai minda yang terbuka. Mungkin anda pernah dengar ungkapan minda terbuka ini tetapi apakah maksudnya?

Maksudnya, jika kita hadiri mana-mana majlis ilmu, lupakan seketika apa yang kita pernah belajar selama ini dan cuba dengar ilmu yang disampaikan menggunakan perspektif orang baru belajar. Orang yang baru belajar tidak mempunyai pengetahuan yang lepas. Ini membuat mereka mudah menerima apa yang diajarkan.

Orang yang rasa dia sudah tahu dan belajar banyak perkara akan suka mempersoalkan apa yang diajarkan. Tidak salah untuk berfikir secara kritikal terhadap apa yang kita pelajari tetapi jika anda lakukan semasa proses pembelajaran, ilmu yang mahu disampaikan akan terhalang.

Jadi, mulai hari ini, jika kita mahu pelajari sesuatu yang baru, anggap seperti anda tidak pernah dengar tentang ilmu itu. Dengar dan beri tumpuan menggunakan satu persepktif baru iaitu perspektif orang yang tidak tahu.

Selamat mencuba. :)