Wed 28 Nov 2007
Ikut resmi padi….
Posted by Osman Affan under Fikir, Motivasi, Teknik Belajar
[2] Comments
Mengapa kalau kita ikut resmi padi, kita akan lebih mudah belajar sesuatu? Hmm… banyak sebabnya. Saya akan terangkan sebab-sebab yang penting menurut pandangan saya sendiri.
Pertama, kalau kita datang ke sesuatu majlis ilmu dengan perasaan bahawa kita sudah tahu banyak perkara, ia akan jelas kelihatan. Maksudnya, guru atau penceramah yang sedang berkongsi ilmu akan sedar bahawa kita rasa kita sudah tahu semua. Lebih buruk lagi, guru atau penceramah boleh sedar bahawa kita sedang menunjuk-nunjuk pengetahuan kita dengan cara kita melontarkan soalan dan pendapat.
Hmm…. betul ke guru atau penceramah boleh sedar? Ya…..betul. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya boleh kesan mana peserta atau anak murid yang rasa mereka sudah tahu bannyak perkara. Saya boleh kesan melalui cara mereka duduk, cara mereka tumpukan perhatian, cara mereka bertanya soalan dan banyak lagi terutamanya perkara-perkara yang melibatkan gerak geri tubuh mereka.
Orang lain tidak tahu apa yang kita fikirkan tetapi mereka boleh baca dan faham pergerakan kita (Ilmu Neuro Linguistic Programming banyak mengajar bagaimana mahu memahami apa yang sedang difikirkan oleh seseorang berdasarkan pergerakan mereka). Pernahkah anda mendengar seseorang memuji anda dan serta-merta anda tahu pujian itu tidak ikhlas? Hmmm…tentu pernah kan. Anda mungkin sedar kerana anda dapat lihat gerak geri tubuhnya yang tidak selari dengan apa yang diucapkannya.
![]()
Ini bermakna, jika kita mempunyai sifat yang tidak suka merendah diri dan terlalu bangga dengan apa yang kita tahu, guru atau penceramah yang sedang berkongsi ilmu pasti menyedarinya walaupun kita cuba menyembunyikan rasa tersebut. Akibatnya, guru atau penceramah ini akan secara sedar atau tidak, kurang berminat untuk berkongsi ilmunya sebanyak mungkin. Ini tidak bermakna mereka ini pilih kasih atau berfikiran negatif. Ia cuma bermaksud, guru atau penceramah juga adalah manusia biasa yang akan memberi reaksi ‘negatif’ apabila hati mereka dilukai atau disakiti.
Jadi, dalam menuntut ilmu, kita jangan mengharap agar guru atau penceramah dapat berubah menjadi guru dan penceramah terbaik supaya kita boleh belajar sesuatu. Jika kita sentiasa bergantung kepada guru dan penceramah yang hebat barulah kita hendak belajar sesuatu, kita pasti akan jauh ketinggalan.
Lebih penting lagi, seperti pepatah ini, kita harus belajar untuk rasa rendah diri semasa menuntut ilmu agar minda dan hati kita lebih terbuka untuk mempelajari sesuatu.
Kita sambung esok.























November 28th, 2007 at 9:10 am
Salam…saya mengiakan kata-kata En.Osman kerana ianya tepat.Jika jelas nampak pada reaksi yang kita sudah sememengnya tahu berkenaan ilmu yang disampaikan,penceramah mungkin tidak berminat atau rasa rendah diri kerana dia akan memberikan ilmu yang orang lain sudah tahu.Di situ akan ada dalam dirinya satu konflik diri dan merasakan dirinya tidak menguasai ilmu yang tinggi sehinggakan orang lain sudah mengetahuinya
Fikirkanlah jika kita adalah penceramah itu,apa akan kita rasa jika pelajar-pelajar tidak berminat untuk mendengarnya dan mengabaikan ceramah kita.
Jadi saya ingin menasihati diri saya dan anda semua,sentiasalah merendah diri terhadap ilmu yang telah dan akan kita terima.Tidak rugi untuk mendengar kembali ilmu yang telah kita ketahui kerana mungkin ianya merupakan suatu ulangkaji atau peringatan jika kita telah melupai ilmu itu.
Ilmu itu datangnya dari Allah,jadi muliakanlah ilmu dan orang yang mengajarnya.Tidak rugi apa-apa jika kita sentiasa merendah diri dengan ilmu.
November 28th, 2007 at 5:00 pm
Hmm… terima kasih Hanny. Mendengar kembali memang tidak rugi. Ilmu Allah di dunia ni luas. Sama seperti semasa kita baca buku. Kali pertama baca, kita faham lain.
Baca kali kedua, lain pula kita faham. Setelah baca berulang-ulang kali, semakin banyak pengetahuan yang kita perolehi. Padahal, ia buku yang sama.