Tue 20 Nov 2007
Hari ini saya ingin paparkan hasil tulisan salah seorang pengunjung blog ini, Cik Fasiha. Cik Fasiha ni adalah seorang trainer juga, dalam bidang IT kalau tidak silap saya.Cik Fasiha ada beri komen tentang masalah menghafal beberapa minggu lalu dan saya percaya ia boleh kita gunakan. Jadi hari ini saya paparkan sebahagian daripada apa yang Cik Fasiha emailkan kepada saya. Agak panjang kalau saya paparkan semua sekaligus jadi saya paparkan dalam beberapa posting untuk bacaan anda semua. Terima kasih sekali lagi Fasiha.
Dengan nama Allah maha pengasih dan penyayang..
“Saya ingin berkongsi pengalaman yang sedikit ini kerana pada satu peringkat saya saya menjadi mudah lupa walaupun baru sekejap ditinggalkan hingga saya sendiri hairan dan risau kerana TERLUPA mengakibatkan saya kerugian banyak wang dan masa. Saya tau fakta tentang sel otak yang semakin tidak aktif apabila umur meningkat, ini mendorong saya untuk mencari penyelesaian.
Bila saya pandang ke belakang sejarah saya rupanya saya bukan orang yang pelupa sebab bila saya kata saya nak menghafal dan saya niatkan bulat-bulat kepada Allah, saya boleh buat. Saya bukan ‘Hafizah’ tapi dek kerana niat dan kesungguhan saya boleh menghafaz Al-Qur’an dalam jangka masa tertentu membuat saya percaya jika kita ada teknik yang betul semua orang boleh menghafal.
Disini saya tak akan sentuh kepada kemahiran lahiriah kerana sifu lebih arif , tapi apa yang saya nak kongsi lebih kepada pendekatan kerohanian, spiritual kerana ia saling berkaitrapat dan para hafiz dan hafizah yang paling mengambilberat tentangnya. Ini saya pelajari dari sebuah web site islam www.anglefire.com dan mula amalkan. Kesannya amat ketara Fasiha dahulu dan Fasiha sekarang (bak kata sifu Irfan Khairi-‘rebrand’) :
- USAHA - USAHA LAHIR
Kemahiran memori, senaman, mengamalkan pemakanan untuk kecemerlangan otak, melazimkan amalan hidup untuk kepintaran, puasa dan lain-lain. - USAHA - USAHA ROHANI
memiliki ingatan fotografi. Di samping itu mengamalkan doa-doa dan sebarang amalan penerang hati. Cuma syarat yang perlu benar-benar diperhatikan semasa melakukan usaha-usaha rohani ini ialah anda hendaklah yakin, bersungguh dan istiqamah mengamalkannya. Hendaklah mematuhi adab-adab berdoa.
ELAKKAN :
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.(niatkan ketika air yang dibuang@tak diminum bukan untuk pembaziran)
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8 ) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Amalkan sekiranya mengalami kelemahan saraf :-
- Berehat dan berbaring di tempat tidur.
- Banyak minum air susu. Kurangkan meminum teh dan kopi.
- Mandi dengan air hangat. (sebab itu orang cina tidak mengamalkan mandi pagi) *sebaiknya siraman air dimulakan dari kaki dan naik keatas.
- Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau.
- Makan makanan yang berselera.
- Makan tomato secara mentah.
- Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.
- Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam pada setiap malam.
“Kenapa penjagaan saraf? Ini kerana kelancaran fungsi otak dan tubuh badan juga bertunjangkan sistem saraf.”























