Wed 2 Apr 2008
“najeeha: en. osman..sy nk tny..bagaimana nk tangani stress dgn baik?”
Najeeha, kalau rasa stress masa belajar, itu tandanya kita memang belajar. Jadi itu satu petanda baik. Kalau belajar tak stress langsung tu yang lebih merisaukan saya. Apa-apa pun, baca tips dan petua menguruskan stress di ruangan kompilasi tips dan petua.
“fara: sy nk tny,sy m’rupakan pljr f.5 n akn m’hadapi spm thn ini. mslhnye sy ada byk tanggungjawab,tuisyen lgi,kls tmbhn sklh n jgk homework.so,bgaimn sy nak m’bhgikan mse sy spy sy ada mse tuk study plak?”
Fara, itulah cabarannya. nanti dah habis belajar dan bekerja, macam tu juga sibuknya, malah lebih teruk lagi. Pengurusan masa panjang juga ceritanya. Mulakan dengan baca buku khusus teknik pengurusan masa. Baca juga tips pengurusan masa yang saya sediakan di ruangan kompilasi tips dan petua.
“ika: Assalamualaikum, smog tuan brda dlm lmpahn kerahmatan, tuan sy nk ty, sbgai studnt mcmane nk bntk diri spya kte tergolong dalm student minda kelas pertama? ika: lg satu, mcmane nk bntuk jati dri yg teguh dan x tkut pd komitmn yg diamnhkn?, selain strugle dlm study ada x amln2 smpingn yg bolh mbwa kpd kejayaan yang cmrlg?ika: last skli, mcmne nk keklkn smgt klu keyakinan brkurang disbbkn kegagaln @ kesilpn sblumnye n mcmne nk hndrkn dri drpd gagal berterusn dlm prkra yg sme brulg kali?”
Ika, kalau tanya saya, student minda kelas pertama ialah student yang membaca dan berfikir. Jadi mulakan dengan membaca, secara langsung otak akan mula berfikir. Jadilah minda pelajar kelas pertama.
Jati diri yang teguh pula selalunya datang daripada kegagalan. Kata orang, kebijaksanaan datangnya dari fikiran yang matang. Fikiran matang datangnya dari pengalaman yang luas. Pengalaman yang luas pula selalunya dipenuhi unsur-unsur kegagalan. Jadi, pikul amanah tanpa rasa takut kepada kegagalan kerana kegagalan hanya akan membantu mematangkan dan meneguhkan lagi jati diri kita.
Seperti yang saya biasa kata di dalam laman web ini, kegagalan lalu bukanlah petanda kepada kebolehan diri kita. Jadi, jangan taktu gagal! Itu pendapat saya. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 











