Thu 3 Apr 2008
Jawapan…. bahagian 3
Posted by Osman Affan under Jawapan, Motivasi
No Comments
“pu3mimi: saya bakal menduduki peperiksaan upsr pada tahun ini…doakan saya!”
Puteri Mimi… selamat menduduki peperiksaan UPSR.
“erna: sye akn mnduduki pmr thun nie so plz doakn sye brjaya……nnt sye blanje mkn????”
Erna, selamat menduduki peperiksaan PMR. Nak belanja makan? Boleh juga, tapi fokus pada study dulu ye. Nanti asyik teringat pasal makan pulak :D
“Shueqry: Salam Osman, apa khabar? dah lama tak masuk sini ..”
Shueqry… saya khabar baik. Kalau tak sibuk singgahlah ke sini.
“Azree MH: Salam Tuan Osman. Perlukan cadangan untuk bengkel blog saya di http://studiomuslim.com/dari-penulis/bengkel-blog-perlukan-cadangan-anda/”
Azree, saya dah masuk tapi belum ada idea untuk disumbangkan. Ada traffic jam sikit kat jabatan idea minda saya ni.
Dila, Eko, Asqa, Syaza, lp3i makassar….. selamat berjaya!
“hidayah: salam…camner nak urus masa belajar d u. antara kerja luar ngan pelajaran”
Hidayah, pendekkan cerita, perlu ada disiplin diri tinggi. Bila ada disiplin, kerja akan dilakukan tepat pada waktu, tanpa ditangguh. Bila dahsibuk belajar dan kerja, disiplin diri sahaja yang menentukan sama ia boleh dilakukan dengan berjaya atau tidak.
“badd: assalamualaikum..ehmmsebenarnya sy x thu nak terang mcmna..sy ada adik perempuan sorang,dia sedang menghadapi tekanan dalam exam..mcmna nak bantu dia sebagai seorang kakak..please sy syng adik”
Bad, Waalaikumsalam. Baca tips-tips motivasi diri menjelag peperiksaan di ruangan kompilasi tips. Bad sendiri kena faham dulu kenapa pelajar rasa tertekan dan apa kesan baik dan buruknya. Kemudian, berikan bantuan dengan cara menyokong atau membantu dia meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati dan fikirannya. Jangan lupa minta bantuan orang lain seperti kaunselor sebab jawapan saya ini amat ringkas dan mungkin tidak dapat banyak membantu.






















