Tue 20 Feb 2007
Kemahiran berkawan - tips 3.1
Posted by Osman Affan under Motivasi, Soft Skills
Semasa saya menunggu keputusan sama ada mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara atau tidak, saya selalu menunggu kedatangan posmen. Saya selalu berharap agar posmen datang dengan senyuman dan memberikan surat yang mengatakan bahawa saya berjaya mendapat biasiswa tersebut. Apabila hari yang dinantikan tiba, seorang posmen benar-benar datang dan memberi saya surat yang membawa berita gembira tersebut.
Saya rasa, sejak itu, bagi saya posmen membawa maksud sesuatu yang gembira kepada saya. Maksudnya, setiap kali saya melihat seorang posmen, saya akan kaitkan beliau dengan berita gembira. Mengapa? Kerana beliau selalu membawa berita gembira kepada saya.
Tips untuk meningkatkan kemahiran anda berkawan hari ini ialah, anda perlu jadi seperti posmen tadi……. hmmm…. saya tidak bermaksud menyuruh anda menjadi posmen… ![]()
Maksud saya, saya menyuruh anda menjadi seorang pembawa berita gembira. Semua orang sukakan berita gembira buat mereka. Berita gembira amat menggembirakan…… (semua orang tahu tentang perkara ini kan?)
Setiap kali anda membawa berita gembira kepada kawan-kawan anda, mereka akan kaitkan anda dengan kegembiraan. Jadi, setiap kali mereka melihat anda, mereka akan rasa gembira. Bukankah itu yang anda mahukan?
Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai teknik ini esok. ![]()























