berita gembiraSeingat-ingat saya, saya ada ramai kawan yang suka membawa berita gembira ini. Kawan-kawan begini, rasa seolah tidak sabar untuk menceritakan berita-berita yang menggembirakan. Contoh berita gembira yang mereka bawa ialah berita tentang kejayaan seseorang, cerita tentang kebaikan seseorang, cerita tentang kesusahan yang diakhiri dengan kemenangan dan cerita-cerita menarik yang boleh membuat anda rasa seronok, gembira dan bersemangat.

Namun, anda perlu berhati-hati juga dengan apa yang saya maksudkan dengan berita gembira ini. Ada pelajar yang merasa gembira apabila mendengar cerita-cerita tidak baik seperti cerita tentang pelajar dirotan, gagal dalam peperiksaan dan juga gosip-gosip liar. Bukan ini yang saya maksudkan dengan berita gembira. Anda juga perlu berhati-hati jika anda rasa gembira dan seronok apabila mendengar cerita-cerita tidak baik begini kerana….. ada kemungkinan anda adalah seorang berfikiran sangat negatif……. ya…. pelajar yang berfikiran negatif amat gembira apabila mendengar tentang keburukan dan kelemahan pelajar lain. Ini kerana, cerita-cerita begitu membuat mereka rasa lebih hebat…… menyedihkan bukan….?

Jadi, tips pertama untuk menjadi seorang pembawa berita gembira ialah, elakkan diri anda daripada membawa berita-berita yang tidak baik kepada kawan anda. Contohnya, anda mendengar sahabat A bercerita tentang sesuatu yang tidak baik tentang sahabat B. Jangan anda pergi kepada sahabat B dan ceritakan apa yang sahabat A katakan. Ada dua sebab utama mengapa. Pertama, jika anda sampai berita itu, anda akan jadi pembawa berita buruk….. kedua, anda akan menyebabkan sahabat A dan sahabat B berbalah. Hakikatnya, anda mungkin tersalah faham apa yang sahabat A cuba katakan.

Jadi, anda perlu ingat, jangan jadi pembawa berita buruk dan gosip. Sikap ini biasa dilihat ditempat-tempat kerja. Majikan benci pekerja yang mempunyai sikap begini kerana ia akan merosakkan suasana kerja yang baik. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya juga pernah memberhentikan seorang pekerja saya walaupun beliau mempunyai bakat dan bagus dalam kerja beliau. Mengapa? Anda boleh teka mengapa…. :)