kawan baikAlhamdulillah…saya telah kongsikan 5 tips utama dalam berkawan… saya percaya banyak lagi tips yang boleh anda gunakan. Namun, dengan 5 tips pertama ini, harapan saya minda anda akan terbuka untuk melihat tips-tips yang lain sama ada melalui pembacaan anda atau melalui pengalaman anda sendiri. Pengalaman adalah guru terbaik. Anda boleh belajar daripada pengalaman anda sendiri atau melalui pengalaman orang lain. Anda boleh belajar daripada pengalaman orang lain melalui pembacaan. Jadi, membaca adalah masih cara terbaik dan terpantas untuk mempelajari sesuatu. :)
Satu perkara penting yang telah saya pelajari seumur hidup saya ialah, kawan adalah penting dalam hidup saya. Ada juga kawan-kawan saya yang nakal dan selalu menyakitkan hati saya semasa di sekolah. Namun apabila kami bertemu semula kini, rasa sakit hati itu semua sudah tidak wujud malah kami jadi kawan yang sangat baik dan rapat kini. Ini bermaksud, jika anda ada rasa benci pada mana-mana kawan, jangan sampai terbawa-bawa hingga mengganggu konsentrasi anda semasa belajar. Ini adalah kerana kawan ini mungkin jadi seseorang yang penting dalam hidup anda nanti. Anda tidak tahu bahawa mungkin satu hari nanti kawan inilah yang akan membantu and hingga berjaya.

Mulai minggu depan, saya akn bercerita tentang soft-skills yang lain pula, Insyaallah. :)