SMK Seri Bintang UtaraBaru sebentar tadi saya mengendalikan satu program khas, teknik dan kemahiran menyelesaikan masalah bersama pelajar SMK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar ini ialah pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.

Secara peribadi, saya sangat suka program-program begini. Program kemahiran menyelesaikan masalah boleh membantu meningkatkan daya kreativiti pelajar. Pelajar juga diajar beberapa teknik khas dalam usaha menyelesaikan masalah. Saya telah kongsikan 3 langkah mudah dalam menyelesaikan masalah iaitu The minda (minda), The Body (fizikal) dan The Action (aksi menyelesaikan masalah).

SMK Seri Bintang UtaraMelalui 3 langkah ini, pelajar boleh praktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka boleh selesaikan masalah harian mereka sama ada ia masalah pencapaian akademik, masalah hubungan keluarga atau rakan sebaya dan juga masalah dan cabaran-cabaran lain.

Apa yang paling penting ialah, setiap kali pelajar menghadapi masalah, mereka perlu elakkan daripada berfikir tentang perkataan ’susah’, ‘pening’ atau ‘tidak boleh selesaikan’. Ini adalah kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. JIka anda fikir tidak boleh, seluruh tubuh dan minda anda akan memberi gerak balas yang menunjukkan bahawa anda benar-benar tidak boleh melakukannya. Merugikan bukan?

Mulai sekarang, setiap kali berhadapan dengan masalah, pupuk rasa yakin bahawa ia pasti boleh diselesaikan dan anda akan rasa gembira menyelesaikannya. :)