Kongress Pendidikan NasionalPada 7-8 Jun ini (Ahad & Isnin, cuti sekolah), saya bersama sahabat saya Tn Hj Redzuan Abdul Aziz, pemilik Institusi Kemahiran Showme, buat pertama kalinya menganjurkan program yang bertajuk Kongress Pendidikan Nasional. Program ini akan dijalankan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu.

Program ini julung kalinya menggabungkan kepakaran 5 orang trainer yang berpengalaman dalam bidang motivasi, teknik belajar dan juga aplikasi Bahasa Inggeris. 5 trainer ini ialah

  • YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad. (MAP Training)
  • Osman Affan (Creative Questions Enterprise)
  • Fadzli Yusof (RK Training)
  • Coach Ridz (English SureBoleh)
  • Coach Sha (English SureBoleh)

Program 2 hari ini akan menyentuh aspek-aspek kecemerlangan diri termasuk tips dan teknik praktikal bagaimana pelajar boleh belajar dengan lebih berkesan.

Dr. Tengku Asmadi akan menyampaikan topik berkaitan Motivasi Alihan Pelajar. Beliau akan menjelaskan bagaimana pelajar boleh memupuk minat dan semangat yang tinggi dalam mencapai kejayaan.

Saya sendiri akan membentangkan teknik SmartStudy Memory Skills. Saya akan kongsikan bagaimana fakta-fakta yang susah dihafal sebenarnya boleh dihafal dengan lebih mudah dan berkesan.

Tuan Fadzli Yusof pula akan membentangkan tentang teknik pengurusan masa yang berkesan. Kebanyakan pelajar sebenarnya kini terlalu sibuk dengan aktiviti pembelajaran dan juga aktiviti tambahan hingga membuat mereka tertekan dan hilang punca. Tuan Fadzli Yusof pasti akan dapat memberikan panduan yang berkesan untuk menangani masalah ini semua.

Coach Ridz dan Coach Sha pula akan membentangkan tentang teknik bagaimana pelajar boleh kuasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan mudah. Mereka ini sangat berpengalaman dan hebat. Saya berani berkata sedemikian kerana saya sendiri pernah beberapa kali mengikuti program mereka dan berguru dengan mereka.

maklumat lanjut mengenai program ini boleh di dapati di laman web http://kongrespendidikannasional.com/atau hubungi Institusi Kemahiran Showme di talian 09-6227525 / 09-6317526 atau hubungi Cik Aida Liana/Cik Mira 013-9317525 atau En Aswadi 019-9570808.