Assalamualaikum En.Osman.

Saya telah membaca jawapan dari En.Osman dan ternyata banyak kebenaranya. Terutamanya dalam perihal tidur, memang saya hanya tidur pada jam 2 atau 3 pagi setiap hari dan bangun jam 5 pagi untuk ke surau. Kadang-kadang saya tertidur awal dan tidur dengan sangat lama tapi tetap rasa mengantuk.

Saya merasakan sangat sia-sia waktu yang saya bazirkan itu. Lebih baik saya study. Tido awal pun mengantuk juga. Itulah yang saya rasa sebelum ini. Namun selepas membaca maklum balas dari tuan, saya sedar dimana silapnya dan akan cuba mengamalkan apa yang telah disampaikan.

Mengenai cara saya menulis, maaf jika banyak kesalahan dan juga ayat yang tidak teratur.Memang tidak dapat dinafikan saya terbiasa menggunakan short form atau simbol (contoh: crude death rate, saya hanya kan tulis CDR dan untuk treatment, saya hanya kan menggunakan simbol R dan pangkah dihujungnya) lebih teruk lagi saya menggunakan bahasa rojak ketika menulis dan bercakap. Ini kerana ketika di dalam kelas, jika saya tidak berbuat demikian ketika menulis, saya tidak akan sempat menyalin apa yang diajarkan.

Natijah dari tabiat ini, saya tertulis juga short form juga ketika peperiksaan dan ketika bercakap pula, sepanjang masa saya menggunakan bahasa Inggeris dan tamil atau hindi dan kadang-kadang terpaksa fikir sekejap apa istilah dalam bahasa melayu. Semoga saya dapat memperbaiki diri pada masa-masa kan datang dan tidak menjadikan perkara yang telah saya sebutkan tadi sebgai alasan.

Untuk pengetahuan En.Osman Affan, saya baru sahaja menemui blog tuan ini dan saya rasa bersyukur kerana menemuinya. Saya telah memperuntuk kan sehari suntuk untuk membaca hampir kesemua tulisan tuan di dalam blog walaupun saya perlu study kerana esok ada student seminar. Isi kandungan yang sangat menarik perhatian saya membuatkan saya ingin terus membacanya. Tahniah saya ucapkan untuk itu. Ia juga hampir dapat menjawap hampir kesemua persolan saya.

 Saya telah mula cuba mempraktikan hari ini mengenai teknik yang tuan telah sampaikan dalam blog, terutamanya teknik memahami apa yang dijarkan dalam kelas dan ternyata saya merasakan ianya berhasil. Saya rasa tidak mengantuk dalam kelas yang biasanya saya kan tertido iaitu kelas Pharmacolgy dan Forensic Medicine, saya rasa lebih fokus dan yang lebih penting faham dan ingat apa yang dijarkan.

Akhir kalam,syukran jazilan khairan kathira saya ucapkan kerana sudi membalas email saya walaupun saya sedar En.Osman mempunyai banyak prioriti yang lain. Saya benar-benar rasa terharu. Disini juga saya ingin menyatakan rasa kagum saya terhadap kejayaan-kejayaan En.Osman dan sumbangan yang telah dilakukan. Saya berharap dapat menjadikan En.Osman sebagai role model untuk saya lebih berjaya pada masa-masa yang akan datang.
 Terima kasih.

Osman AffanWaalaikumsalam NFS.

Alhamdulillah, terima kasih kembali. Saya cuma berikan pendapat saya berdasarkan apa yang telah saya lalui dan apa yang telah saya lihat selama ini. Seronok rasanya bila tahu ia dapat membantu.

Mengenai tulisan, jika dalam sesi pembelajaran, teruskan dengan menulis perkataan ringkas. Ia penting kerana jika tidak nanti tidak sempat. Cara itu memang salah satu cara berkesan untuk cepat menulis dan menyalin nota. Namun perlu buat penyesuaian dan latih diri untuk tulis dengan lebih baik apabila bukan menulis atau menyalin nota.

Sekali lagi, selamat berjaya NFS! Teruskan membaca dan amalkan mana-mana teknik dan petua yang boleh membantu NFS mendapat keputusan yang cemerlang di sana. Bukan kecemerlangan akademik sahaja, malah kecemerlangan sahsiah dan keterampilan diri.