Mon 26 Feb 2007
Mastering Public Speaking
Posted by Osman Affan under Motivasi, Soft Skills
Beberapa bulan lalu saya ada kongsikan beberapa teknik untuk bercakap di khalayak ramai. Teknik-teknik tersebut adalah sangat penting untuk dipraktikkan terutamanya jika anda mahu bercakap dengan berkesan dan mampu menarik perhatian penuh pendengar.
Semalam, saya jalankan program satu hari berkenaan teknik bercakap dikhalayak ramai. Program itu dianjurkan oleh persatuan pelajar ‘Communication Student’s Association’ UIA Gombak. Mereka telah menjemput saya untuk membantu peserta memajukan cara mereka bercakap di depan khalayak ramai.
Secara umumnya, peserta mahu tahu bagaimana mereka boleh atasa rasa takut mereka dan cara menghilangkan debaran yang mengganggu konsentrasi mereka. Saya ada terangkan dari aspek itu. Tetapi, apa yang paling ialah peserta perlu tahu bagaimana cara mencari isi-isi penting untuk diperkatakan supaya pendengar berminat untuk mendengar ceramah atau ucapan mereka.
Saya telah berikan beberapa teknik untuk mengeluarkan suara, menggunakan intonasi berbeza dalam menyampaikan mesej dan juga beberapa teknik menggunakan Microsoft PowerPoint secara berkesan.
Jika anda masih lagi belajar, anda perlu mula fikirkan tentang kebolehan anda untuk bercakap di khalayak ramai. Anda perlu ingat, ramai tidak bermaksud anda perlu bercakap di depan 100 - 500, tetapi 10 hingga 15 orang juga sudah dikira ramai. banyak ketikanya nanti dalam hidup anda sama ada di tempat kerja atau di rumah di mana anda perlu bercakap di depan. Anda perlu rebut peluang untuk belajar tentang teknik ini. Sertai program yang dianjurkan oleh sekolah, kolej atau universiti anda. Peluang tidak akan selalu melintas di depan terutamanya peluang yang sangat baik. Jadi, buka mata anda kepada semua peluang yang ada di sekeliling anda. Belajar teknik bercakap di depan khalayak ramai sekarang. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













