Mon 21 Jul 2008
Mengimbas kembali zaman kanak-kanak
Posted by Osman Affan under Motivasi
Jika anda seorang ibu atau bapa, tentu anda pernah lalui saat-saat di mana anda begitu asyik memerhatikan gelagat anak-anak anda semasa kecil. Bagi saya sendiri, saya rasa begitu seronok memerhatikan gelagat dan perkembangan minda anak-anak saya yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Sesetengah orang akan mendefinisikan perkembangan minda anak-anak ini sebagai ’semakin nakal’ atau ’semakin buas’ tetapi realitinya, anak-anak ini sedang mempelajari sesuatu yang baru setiap hari berdasarkan interaksi dengan persekitaran mereka.
Saya sebenarnya mahu mengajak anda berfikir tentang satu perkara. Pernahkah anda melihat gelagat kanak-kanak kecil dan tiba-tiba terfikir, “Ish…. aku masa kecik dulu macam ni juga perangainya….”?
Lebih menarik lagi, pernahkah anda terfikir bahawa kadangkala perangai kita orang dewasa masih lagi terbawa-bawa perangai semasa kita di zaman kanak-kanak dahulu? Ada antara kita yang semasa kecil kecil suka menangis dan merajuk apabila tidak dapat apa yang kita inginkan. Apabila sudah dewasa, kita tidak lagi menangis tetapi masih lagi merajuk dan mengharapkan seseorang membantu kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu.
Ada antara kita semasa kecil mempunyai perangai yang sangat degil. Begitu degil hingga jika kita mahukan sesuatu, kita tidak akan berhenti meminta atau mencuba hingga kita mendapatkannya. Adakah kita masih mempunyai kedegilan sebegitu? Jika kita masih degil begitu, tentu sudah ada beberapa kejayaan besar yang sudah kita kecapi sekarang ini.
![]()

Saya sering berkongsi cerita mengenai perangai anak sulung saya, Darwish kepada para peserta program. Anak sulung saya ini suka minum Vitagen. Kalau sekali minum, bukan sebotol, kadangkala sampai 3 botol dimintanya. Saya dan isteri selalu bimbang jika dia sakit perut kerana minum berlebihan.
Ada satu hari, ketika saya sedang menonton televisyen bersama isteri, Darwish meminta vitagennya seperti biasa. “Abah, nak Vitagen.” Kalau minta Vitagen memang lancar dan jelas pertuturannya walaupun baru berusia 2 tahun setengah.
Saya berikan. Cepat dia habiskan kemudian dia minta lagi. Saya berikan sebotol lagi. Apabila sudah habis botol kedua, Darwish datang lagi dan meminta yang ketiga. Saya mahu hentikan tabiat minum terlalu banyak ini jadi saya kata, “Cukup la ye, esok pulak.” Boleh anda teka apa reaksi Darwish? Ya, dia menangis dan meraung sambil berguling-guling di depan televisyen.
Saya dan isteri sudah masak dengan perangai itu jadi kami biarkan sahaja. Lebih 5-10 minit, setelah penat menangis, Darwish berhenti. Saya dan isteri rasa sedikit lega kerana mungkin dia sudah lupa tentang vitagennya. Kemudian Darwish datang kepada saya perlahan-lahan, peluk tengkuk saya, hadapkan mukanya ke depan muka saya, TERSENGIH sambil berkata, “Abah, Vitagen eh?”
Isteri saya sudah mula menutup mulut kerana menahan ketawa. Saya pula tidak tahu apa reaksi yang patut saya berikan. Apa saya lakukan….? Pergi ke peti ais dan berikan Darwish sebotol lagi Vitagen.
Hmm… rasa-rasanya, apakah yang telah saya pelajari daripada perangai dan gelagat anak saya ini?
























July 22nd, 2008 at 7:31 am
salam en osman,
samala mcm anak saya…mcm2 cara diorg buat untuk mendapatkan apa yang dia nak…kalau x dpt cara itu dia akn ubah cara lain….last2 dia akan dpt juga apa yg dia nak….pengajarannya…usahala sehingga berjaya dgn pelbagai cara/teknik
July 23rd, 2008 at 9:56 pm
Fatimah…. hmm.. itulah yang saya rasa saya dah belajar. Budak-budak kalau berhajatkan sesuatu, mereka akan terus cuba dan boleh menukar strategi mereka hingga mereka dapat hajat mereka tu.