Fri 15 Feb 2008
Meningkatkan keyakinan diri
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Petua
[11] Comments
Beberapa minggu lalu saya ada ceritakan tentang hasrat saya untuk berkongsi beberapa tips mengenai keyakinan diri. Keyakinan diri yang saya maksudkan bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi cabaran dan mencipta kejayaan.
Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu dimiliki oleh semua orang. Ada banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya kalau kita selalu gagal atau pernah gagal, kita akan takut untuk mencuba. Ini menunjukkan keyakinan diri kita untuk menebus kegagalan itu adalah teralu rendah atau langsung tidak ada.
Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri malah membenci diri mereka sendiri.
Ada orang yang terlalu selesa berada di dalam kawasan yang selamat bagi mereka. Jika mereka tidak pernah bersuara dalam mesyuarat atau perbincangan, mereka kekal tidak bersuara dan hanya memendamkan pendapat mereka. Jika mereka tidak pernah berniaga, mereka kekal makan gaji walaupun mereka sudah lihat 1001 sebab mengapa perniagaan boleh membantu mereka mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.
Ada orang yang banyak idea tetapi tidak berani untuk menulis disebabkan bimbang karyanya tidak disukai orang. Keyakinan diri orang begini sangat rendah hingga dia sendiri memandang rendah terhadap karyanya sendiri.
Ada orang yang tidak pernah mengecap kejayaan besar yang boleh dibanggakan. Lalu mereka sangka kejayaan bukanlah untuk mereka. Dalam erti kata lain, mereka seolah-olah percaya mereka telah lahir untuk gagal.
Insyaallah, minggu depan saya akan mula kongsikan beberapa tips keyakinan diri yang biasa saya kongsikan bersama peserta program saya. Malah saya juga ada lakukan sedikit kajian tambahan untuk kongsikan bersama anda beberapa tips dan petua untuk meningkatkan keyakinan diri. Minggu depan, kita akan mulakan dengan 3 rahsia keyakinan diri. Mengapa saya kata rahsia? Kerana…….. kita tunggu minggu depan.























February 15th, 2008 at 9:41 am
Saya memang sentiasa tercari-cari dan suka membaca artikel-artikel berkenaan motivasi.
Nampaknya saya akan menjadi pengunjung setia blog ini kerana blog ini sentiasa dikemaskini dengan artikel-artikel baru dan terkini.
Izinkan saya mengutip point/tips/nasihat/panduan/idea yang tuan curahkan di blog ini.
Semoga Allah membalas jasa baik tuan.
February 16th, 2008 at 11:44 pm
Salam juara… saya setuju dgn Maulana Osman, Islam sendiri mengandungi rukun Iman selepas rukun Islam. Rukun Iman itu menekankan keyakinan insan.
February 17th, 2008 at 12:31 pm
Dalam buku The Magic Of Thinking Big oleh David J.Schwartz
ada beberapa tips untuk kita tingkatkan kenyakinan diri , termasuklah bersuara dalam mesyuarat , berjalan lebih laju dari orang lain , “Be The Front Sitter” dan Senyum Sokmo…
semua ni , saya dah buat sebab itu boleh ingat.
cuma sekarang ni, saya cuba nak jadi macam En Osman , bercakap dengan yakin dikhalayak ramai , tak kira apa status mereka sebab…
i have a dream and it’s really BIG !
bukan nak jadi penulis – motivator larr , tapi untuk SESUATU sebelum 2012 he…he..he..
p/s apa Rahsia tu ?
February 18th, 2008 at 9:16 am
Fida, buku tu memang hebat. Baguslah kalau dah diamalkan. Tapi kalau jalan laju tu jangan terlampau laju sangat pulak. Nanti orang ingat asyik kelam kabut 24 jam.
Hmmm…. menarik ye, nak capai sesuatu sebelum 2012….capai sesuatu sebelum the next Dragon year eh….?
February 18th, 2008 at 1:24 pm
heeheehe…
dalam buku tu dinyatakan tahap kelajuannya… iaitu 25% lebih laju dari orang lain atau “average people” , pandai2lah nak tekan minyak banyak mana dan guna gear berapa
semalam bila saya buka buku tu semula , sebenarnya ada lagi tip yg saya jarang amalkan iaitu “making eye contact “, sebab saya ni pemalu orang alahai.. boleh masukkan tip kurangkan perasaan malu tu ?
target saya adalah 2 tahun dari sekarang… 2012 tu ? En Osman yang bagi tau saya sebelum ni
January 27th, 2009 at 9:58 pm
assalammua’laikum..saya suka dan minat motivate2 yang tuan berikan…sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi sedikit sebanyak kefahaman…saya berharap,selepas ini tuan memberi 1 lagi motivasi tentang keseronokan tinggal di asrama…terima kasih yerk…Wassalam
March 14th, 2009 at 3:16 pm
Keyakinan diri merupakan asas pembentukan akidah untuk berjaya biarpun dunia mahupun akhirat…lebih-lebih lagi ia berhubung kait dengan tauhid kita kepada Allah…jika kita ada keyakinan diri yang mantap sudah tentu segala yang sebelum ini menggugat asas pembentukan akidahkita dapat dihindar dengan berhikmah…tips saya selalulah membaca alMathurat…InsyaAllah berjaya
September 6th, 2009 at 2:39 pm
sy merupakan seorang pelajar ipt. saya sering tidak berkeyakinan dalam mengadakan perbincangan bersama teman-teman saya. saya takut untuk memberi idea atau pendapat kerana saya malu dengan rakan-rakan saya yang agak cemerlang dalam pelajaran. semoga tuan dapat membantu saya..
November 11th, 2009 at 11:10 am
SALAM,SY BR GRAD OCT..NMUN SY MMPUNYAI MSLH KUURANG KEYAKINAN DIIRI SEWAKTU MENJALANI SESI TEMUDUGA..AKIBATNYE SY SLALU GAGAL..HINGGA KINI…SY JUGA SERING TGANGGU NGAN KESILAPAN YG PNAH SY BUAT KETIKA KERJA PARTTIME DI SALAH BUAH SYARIKAT TKEMUKA,,,WLAUPUN KSALAH ITU TIDAK TLALU BERAT..NAMUN KETEGASAN PYELIA TSEBUT SERING MHANTUI SY…BAGAIMANA UTK MGATASINYA..BANTU SY
November 27th, 2009 at 7:56 pm
saya selalu tidak pede dalam permainan sepak bola dan takut gagal . . .
gmn cra mengatasinya ?????
February 6th, 2010 at 7:18 pm
sy mmg xad keyakinan diri,mlh saya membenci diri saya,wlaupun sy mencuba untuk mengubahnya tp ttp sama. sy selalu mencari2 identiti diri hinggakan buat sy stress…mcm ne cara untuk memberanikan diri bersuara dan berilah saya tip untuk latihan2 berani bersuara……..sy merasakan diri sy yang plg bdoh dikalangan kwn2. tlg la…sy akan menjadi pembaca setia blog ni….