Fri 8 Sep 2006
Motivasi diri menjelang peperiksaan
Posted by Osman Affan under Motivasi, Psikologi Peperiksaan
Motivasi hari ini, sama seperti petua semalam, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.

Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa. Tahap Motivasi anda akan jatuh atau menurun jika anda terlalu mengikut aktiviti mereka.
Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, “jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”. Jadi, terbanglah bersama dengan kawan-kawan pelajar yang mempunyai ketinggian dalam tahap Motivasi!























