Alhamdulillah, pagi tadi saya baru selesai menyiapkan satu episod rancangan Motivasi Pagi TV3 yang dijadualkan akan ke udara pada 17 Ogos 2008. Tarikh ini adalah berdekatan dengan cuti sekolah. Jadi tajuk yang diberikan kepada saya ialah ‘Pengisian Waktu Cuti Sekolah’.

Motivasi Pagi Tv3

Bijak Belajar tv3Bijak Belajar tv3Hari ini bermula dengan kenderaan TV3 tiba di rumah saya. Entah kenapa, saya rasa seperti sudah lama saya bayangkan melihat kenderaan TV3 ini datang ke tempat saya. Ini mungkin kerana sejak awal saya memulakan program motivasi dan teknik belajar, saya ada bercita-cita untuk mengendalikan slot motivasi pagi di TV3. Alhamdulillah hasrat dan impian itu kini tercapai. Semasa zaman belajar dulu (1996, first year degree, sebelum ke UK), saya dan beberapa rakan pernah dijemput bagi menjayakan program ‘Bijak Belajar’ yang dikendalikan oleh Abang Nizal Mohamad. Kini saya berpeluang mengendalikan satu slot saya sendiri.

Motivasi Pagi tv3Motivasi Pagi tv3Rakaman pagi tadi berkisar mengenai beberapa perkara yang boleh pelajar lakukan sepanjang cuti sekolah. Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh lakukan sesuatu untuk membantu pelajar mengisi masa sepanjang cuti persekolahan. Antara tips yang saya berikan ialah dalam masa cuti sekolah, pelajar perlu ambil masa untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan diri agar dapat diperbaiki apabila sekolah dibuka semula nanti.

Saya juga cadangkan pelajar mencari peluang untuk mencari teknik-teknik belajar yang sesuai untuk diri mereka. Contohnya, jika mereka mudah lupa, mereka perlu cari peluang untuk belajar teknik memori sama ada melalui kursus atau melalui Ustaz Fasilbacaan buku-buku teknik belajar.

Rakaman seterusnya akan dijalankan beberapa hari lagi. Insyaallah saya akan umumkan di blog ini tarikh rakaman ini semua akan ke udara nanti. 

(Terima kasih kepada Ustaz Fasil kerana banyak memberi tunjuk ajar untuk menjayakan slot motivasi pagi ini)