Tue 18 Sep 2007
PMR di Bulan Ramadhan
Posted by Osman Affan under Motivasi, Teknik Belajar
Jika anda merasa bimbang kerana peperiksaan PMR akan dijalankan pada bulan Ramadhan, ada berita baik untuk anda. Minggu ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Hari ini, kita akan bincangkan mengenai persediaan yang anda perlu buat di saat akhir ini.
Merasa penat, mengantuk dan tidak bermaya dalam bulan Ramadhan adalah perkara biasa buat pelajar. Namun anda tidak perlu risau, keadaan ini selalunya hanya berlaku pada awal puasa iaitu antara hari pertama hingga hari ketiga atau ketujuh bergantung kepada keadaan kesihatan anda. Saya percaya dalam masa 3 hari puasa, anda akan rasa bertenaga semula. Apa yang penting ialah:
- Jangan terlalu manjakan diri anda. Ini bermaksud, jangan asyik merungut mengatakan anda rasa letih dan tidak larat. Dengan kerap kali merungut begitu, anda akan rasa benar-benar letih dan benar-benar tidak bermaya. Kuatkan semangat anda. Katakan kepada diri anda bahawa rasa letih itu hanya sementara sahaja. bergerak dan berjalan seperti orang yang sudah terlatih untuk berpuasa. Anda akan rasa lebih bertenaga.
- Ikut Sunnah Rasulullah. Makan sahur dan berbuka pada waktunya. Dalam masa yang sama, elakkan makan terlalu banyak ketika berbuka kerana sistem penghadaman anda akan terkejut dengan kehadiran makanan itu semua dalam satu masa. Ia juga akan membuat anda rasa begitu letih selepas berbuka kerana seluruh tenaga anda perlu ditumpukan kepada sistem penghadaman anda. berbuka dengan ala kadar. Kunyah dengan perlahan kerana jika jika anda menguyah dengan laju, otak anda akan lambat mendapat isyarat yang mengatakan anda sudah kenyang.
Kita sambung lagi esok. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













