Wed 19 Sep 2007
PMR di Bulan Ramadhan
Posted by Osman Affan under Motivasi, Teknik Belajar
Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, cabaran menghadapi peperiksaan dalam bulan Ramadhan ialah anda mungkin tidak biasa menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan lapar dan dahaga. Bagi pelajar yang biasa mengamalkan puasa sunat, Insyaallah tidak ada masalah untuk menghadapi situasi ini.
Ada beberapa nasihat yang pernah saya pelajari mengenai menjawab soalan peperiksaan di dalam bulan Ramadhan atau menajwab soalan semasa berpuasa. Saya ingin kongsikan nasihat-nasihat yang saya pelajari ini bersama anda.
- Pertama, anda perlu mula berlatih menjawab soalan pada waktu siang (semasa anda berpuasa) mulai sekarang. Lebih baik lagi, jika anda sudah ada jadual peperiksaan sebenar, cuba buat latihan dan jawab soalan peperiksaan lepas pada waktu ini. Ini akan melatih otak anda untuk menjadi cergas walaupun anda sedang berpuasa.
- Jika anda merasa letih semasa menjawab soalan semasa berpuasa ini, anda perlu bersabar dan rasa yakin bahawa rasa letih ini hanyalah sementara. Setelah anda cuba beberapa hari, anda akan rasa kurang letih. Malah, jika anda betul-betul berpuasa dengan erti kata yang betul (sederhana semasa makan, fikir dan bercakap perkara-perkara yang baik dan mengaji Al-Quran dan sebagainya), anda akan rasa lebih bertenaga berbanding hari-hari anda tidak berpuasa.
- Kedua, jawab soalan peperiksaan seperti anda benar-benar berada di dalam dewan peperiksaan. Tetapkan berapa masa yang anda ada untuk menjawab soalan dan jawab soalan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama, jika ada soalan yang anda tidak pasti jawapannya, jawab juga sebaik mungkin, jangan rujuk kepada buku dahulu. Ini akan menguatkan lagi kebolehan anda untuk berfikir. Setelah masa tamat, periksa jawapan anda dan periksa juga apa jawapan yang anda tidak tahu tadi.
Kita sambung esok. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













