Fri 1 Jun 2007
Program Power Point Presentation Skills di UIA
Posted by Osman Affan under Motivasi, PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar
No Comments
Kebetulan pula, sebaik sahaja saya habis bercerita tentang 21 tips Microsoft Power Point, saya dijemput mengendalikan satu sesi mengajar teknik presentation menggunakan perisian ini oleh UIA, Gombak. Di dalam program ini, saya juga terangkan asas-asas dalam membuat presentation (untuk assignment dan course subject) supaya mahasiswa dan mahasiswi mendapat perhatian dan mendapat markah yang tinggi daripada pensyarah.
Jika anda tanya saya, apa yang perlu dilakukan untuk membuat presentation anda menjadi menarik dan boleh mendapat markah yang tinggi, saya akan katakan…… “Ceritakan tentang sesuatu yang berkait dengan penonton (audience) anda”. Contoh yang saya berikan ialah, jika presentation anda adalah mengenai air mineral, tentu presentation anda akan jadi membosankan jika anda hanya bercerita tentang kandungan air, kebaikan air mineral dan bagaimana air mineral dihasilkan.
Kebanyakan pendengar anda tentu tidak begitu berminat hendak tahu bagaimana air mineral dihasilkan kerana perkara itu tidak ada kena mengena dengan mereka (melainkan mereka bercita-cita nak bekerja di kilang yang memproses air mineral
). Cari fakta atau perkara tentang air mineral yang boleh menarik perhatian penonton anda. Cari sesuatu yang berkait dengan mereka. Contohnya, jika anda ceritakan tentang kebaikan air mineral, tanya penonton anda air apa yang mereka minum setiap hari. Ceritakan kepada mereka apa akibat jika meminum air yang mereka minum itu.
Ini juga bermaksud, anda perlu lakukan kajian anda. Saya faham, tugas nak buat kajian ni memang kelihatan sukar sedikit. Tetapi jika anda boleh bayangkan presentation anda yang disukai dan diberi sepenuh perhatian oleh penonton anda, pasti anda rasa lebih bersemangat untuk membuat kajian. Jadi, teruskan usaha anda untuk membuat presentation yang terbaik.






















