sk brickfieldsHari Rabu minggu lalu saya berkesempatan menjalankan program bertajuk ‘Guru Cemerlang’ di Sekolah Kebangsaan Brickfields 2. Sekolah ini agak kecil dari segi saiz kerana kalau tidak silap saya cuma ada lebih kurang 2 ratus lebih pelajar sahaja di sekolah ini. Pada 19 Jun yang lepas pula saya telah jalankan program SmartStudy bersama pelajar tahun 6 di sekolah ini.

Saya sebenarnya seronok bila ada program bersama guru. Bagi saya, guru-guru adalah kawan-kawan seperjuangan saya dalam menyampaikan mesej kepentingan pendidikan kepada para pelajar. Pada usia pelajar yang masih muda, mereka selalunya tidak dapat melihat kepentingan belajar. Apabila mereka sudah boleh melihat kepentingan itu sendiri satu hari nanti, ia mungkin sudah terlambat.

sk brickfieldsSaya ada bercerita kepada para sahabat saya guru-guru di SK Brickfileds 2 ini bahawa keupayaan generasi akan datang untuk bersaing dalam ekonomi dan dalam hidup adalah terletak di tangan para guru. Ini juga mesej penting yang Tuan Guru Besar sekolah ini mahu saya sampaikan. Bayangkan pelajar disekolah rendah sekarang apabila mereka berumur 30 – 40 tahun nanti. Bolehkah mereka bersaing untuk mendapatkan pekerjaan atau menjalankan perniagaan apabila terdapat kebanjiran tenaga buruh dan tenaga pakar daripada luar negara? Malah, bolehkah mereka bersaing sesama mereka sendiri di negara sendiri?

Jika guru berputus-asa, murid-murid akan rasai kesannya. Jika semangat guru 100%, semangat murid mungkin 80%. Apa akan jadi semangat guru hanya 50%? Anak murid tentu rendah lagi bukan?

sk brickfieldsWalau bagaimana pun, sesi bersama guru-guru ini sangat menyeronokkan. Saya ketika itu sebenarnya agak kurang sihat disebabkan kesibukan memenuhi jadual latihan saya. Namun saya jadi bersemangat apabila dapat bersua dengan sahabat seperjuangan begini. Tambah lagi, satu komen daripada seorang cikgu yang saya hormati ketika itu sebelum saya meninggalkan sekolah,

En Osman, terima kasihlah. Inilah kali pertama saya tak tertidur semasa mendengar ceramah…” :)