Seperti yang ceritakan semalam, Ahad dan Isnin lepas saya berada di Pulau Pinang bagi menjayakan satu program untuk kakitangan Petronas. Program tersebut dijalankan di G hotel, dalam sebuah dewan yang sangat besar dan indah. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menjalankan aktiviti bersama petronas. Sebelum ini saya pernah menjalankan program 3 hari bersama Corporate Security Petronas tentang teknik kaunseling. Saya juga ada menjalankan satu program untuk pelajar sekolah menengah anjuran persatuan pengusaha minyak Petronas di kawasan Rawang.

Kali ini, saya perlu berkongsi dengan peserta tentang teknik motivasi diri terutama sekali dalam mewujudkan hidup yang lebih seimbang dari segi kerjaya, hubungan keluarga dan kebahagiaan peribadi. Disamping itu, saya juga mengendalikan satu sesi teambuilding di mana semua peserta diajak untuk bekerjasama dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang saya sediakan.

PetronasAlhamdulillah, program ini berjalan dengan sangat lancar sekali. Sebenarnya ini kali pertama saya mengendalikan program berbentuk team building untuk peserta yang begitu ramai sekali. Terdapat lebih kurang 300 peserta yang menyertai program ini. Jadi anda boleh bayangkan bagaimana mencabarnya hendak mengawal aktiviti kumpulan yang besar begini. Selalunya program begini peserta cuma antara 25 hingga 35 orang sahaja. Mujurlah juga saya mendapat pertolongan daripada fasilitator NET management, Petronas. Fasilitator ini semua banyak membantu saya mengendalikan program ini dengan jayanya.

PetronasProgram-program sebegini bukan sahaja boleh membuka minda seseorang tentang potensi yang ada dalam diri malah ia boleh memberi satu suntikan semangat kepada semua peserta (termasuk kepada diri saya sendiri) tentang kejayaan yang boleh dicapai. Bagi saya, program ini sangat menyeronokkan kerana semasa aktiviti dijalankan, saya rasa seperti berada di pasar borong, penuh dengan orang dan meriah pula suasananya. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang hadir dalam program tersebut. :)