Tue 24 Jun 2008
Program SmartStudy di Pasir Gudang, Johor
Posted by Osman Affan under Motivasi, Program Motivasi

Sabtu lalu saya berada di Pasir Gudang bagi menjayakan program SmartStudy untuk pelajar pemegang biasiswa daripada 2 buah sekolah iaitu SMK Tanjung Puteri Resort dan SMK Kota Masai. Program ini dihadiri lebih kurang 70 pelajar dan ia dijalankan di TS Hotel, Taman Scientex.

Program ini sama seperti program yang kendalikan selama ini diJohor adalah hasil kerjasama Creative Questions Enterprise dan Saidina Smart Consultancy yang diketuai oleh En Rafek. Program kali menekankan kelebihan teknik belajar yang berkesan.
Bersama pelajar, saya telah kongsikan beberapa teknik utama untuk mudah ingat apa yang dipelajari. Ia termasuk bagaimana mahu mengenalpasti gaya belajar pelajar yang tersendiri dan bagaimana mahu menggunakan teknik memori yang biasa digunakan oleh pakar-pakar memori dunia. Untuk itu, saya ada demonstrasikan bagaimana cara untuk menghafal nombor dan kata kunci dalam masa yang sangat singkat. Mungkin demonstrasi itu nampak mudah, tetapi apabila semua pelajar turut sama melakukannya, mereka tahu ia tidaklah begitu mudah dilakukan kecuali jika mereka tahu tekniknya. Teknik-teknik ini sangat berguna jika pelajar aplikasikan dalam menghafal tarikh atau fakta-fakta sejarah.
Semasa majlis penutup, En Rafek membuat ucapan terakhir yang agak mengejutkan saya. Beliau memberitahu pelajar tentang seorang peserta program SmartStudy di Felda Tenggaroh yang berjaya berubah daripada pelajar kelas akhir hingga masuk ke kelas pertama. (Boleh rujuk program tersebut disini http://www.motivasibelajar.com/motivasi/smartstudy-learning-skills-di-felda-tenggaroh-5-johor.html)Malah pelajar tersebut berada dalam kedudukan 5 teratas pelajar sekolahnya. Ini sangat mengejutkan guru pelajar tersebut hingga cuba mencari apakah teknik yang pelajar ini gunakan. Tidak mengejutkan, teknik yang digunakan ialah teknik SmartStudy.
Bagi saya, jika pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari, hasilnya tentu memuaskan. Saya percaya ia mungkin bukan 100% disebabkan oleh program SmartStudy hingga pelajar tadi berjaya menjadi berjaya ke tahap yang membanggakan. Namun, ia disebabkan sikap pelajar tadi yang bersedia berubah dan mencuba teknik yang telah dipelajari. Jika pelajar sedia berubah dan mengamalkan teknik yang telah dipelajari, pasti mereka boleh berjaya tidak kira teknik apa sekalipun yang mereka gunakan.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua peserta program SmartStudy di Pasir Gudang ini. Semoga kita berjumpa lagi. ![]()




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













