Sun 4 Jan 2009
Rakaman Segmen Motivasi Pagi RTM di Teratak Hijjaz
Posted by Osman Affan under Motivasi
No Comments
Pagi tadi saya luangkan sedikit masa di Teratak Hijjaz, Astana Dugang Putrajaya. Kali ini, bersama beberapa krew RTM, saya berjaya merakamkan 5 slot pendek untuk segmen motivasi pagi rancangan Selamat Pagi Malaysia. Insyaallah slot pendek itu akan ditayangkan setiap hari Selasa antara pukul 8.00 hingga 8.30 pagi. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Zamzuri dan Tuan Hakimi yang banyak membantu dalam menjayakan rakaman ini.
Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Teratak Hijjaz yang sangat indah dengan suasana desa ini. Geram pula rasanya bila melihat beberapa kolam yang penuh dengan ikan. Ada juga disediakan satu kolam untuk kaki pancing. Hmm… ini yang membuat saya rasa hendak datang lagi. Insyaallah dalam minggu ini juga saya akan bawa keluarga saya ke tempat indah ini. Sambil-sambil menenangkan fikiran dan memancing, dapat juga saya luangkan masa untuk menulis buku terbaru saya mengenai teknik memori.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tempat ini, sila lawati laman web www.astanadugang.com . Manalah tahu anda juga berminat untuk meluangkan masa di dalam suasana desa seperti ini di sini.






















