Fri 28 Sep 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Posted by Osman Affan under Motivasi
[3] Comments
Seperti yang saya nyatakan semalam, orang-orang berjaya mempunyai satu sifat yang mampu menangguhkan keseronokan mereka supaya kejayaan mereka jadi lebih bermakna. Apa kaitannya dengan bulan Ramadhan?
Di dalam bulan Ramadhan, rasa lapar dan dahaga adalah perkara biasa. Namun ada ketikanya anda rasa terlalu lapar atau dahaga hingga anda rasa seperti tidak mahu meneruskan puasa anda. Ketika itu, fikiran anda akan berperang dengan persoalan, nak berbuka atau tidak? Jika anda terus berbuka, anda akan nikmati keseronokan makan dan minum serta-merta tetapi anda akan hilang pahala dan amalan puasa. Jika anda mahu teruskan puasa, anda terpaksa menahan diri dari menikmati keseronokan segera dan merasa sedikit terseksa hingga tiba waktu berbuka. Apa yang akan anda lakukan?
Sebenarnya, jika anda mengalami situasi di atas di bulan Ramadhan, itu tandanya anda mempunyai peluang untuk mendidik dan memupuk kebolehan menangguhkan keseronokan yang kita bincangkan ini. Jika anda lihat orang-orang yang berjaya puasa sepanjang bulan Ramadhan sebenarnya merasa dugaan lapar dan dahaga yang amat sangat. Namun, mereka sabar dan latih diri mereka agar dapat menikmati keseronokan yang lebih bermakna iaitu berbuka pada waktunya. Apabila mereka berbuka pada waktunya, mereka rasa seronok kerana berjaya melepasi dugaan. Dugaan itu juga membuktikan bahawa mereka mampu melepasi apa jua rintangan. Jika lapar dan dahaga dapat diatasi, cabaran-cabaran lain seperti untuk mencapai kejayaan hidup sudah pasti jga boleh diatasi.
Allah S.W.T telah menjanjikan kegembiraan yang pasti buat orang-orang yang berpuasa iaitu kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa bertemu dengan Allah nanti. Sama seperti semasa kita menempuh cabaran dalam hidup, kita akan pasti kecapi kegembiraan dan kebahagiaan disebabkan kita sabar dan sanggup menangguhkan keseronokan kita.
Jadi, jika anda seorang pelajar, tangguhkan keseronokan untuk banyak bermain, melepak dengan kawan, ponteng sekolah atau buat sesuatu yang dilarang. Anda perlu sedar bahawa keseronokan segera jarang membawa kepada keseronokan yang berpanjangan.
Latih diri anda untuk berpuasa dalam erti kata yang betul. Kuatkan semangat dan ketahanan diri anda dalam menghadapi cabaran puasa nescaya anda akan jadi kuat juga dalam menempuhi cabaran hidup. Hasilnya, kejayaan pasti menjadi milik anda. Selamat berjaya!























September 30th, 2007 at 8:24 am
assalamualaikum,,, rencana ini menambah kekuatan saya untuk sentiasa bersemangat dalam urusan seharian seperti belajar dan membantu ibu menguruskan rumah.. Saya sudah mula memahami bahwa setiap perkara yang kita lakukan harus disertai dengan tekad, sabar dan ikhlas,
September 30th, 2007 at 10:08 am
Waalaikumsalam.
Wardah, terima kasih kerana melawat blog ini. Saya tumpang gembira kerana Wardah dapat manfaat melalui bahan bacaan di blog ini. Teruskan membaca. Selamat berpuasa.
October 25th, 2007 at 2:00 pm
assalamualaikum
blog ini sgt brguna kpd sya.dihrp tuan trs mmbri motivsi kpd smua huahahaha!! tuan sya nk tny sket cmne nk hlgkn rsa gmntr sblm naik ke ats pentas?slps naik ok je..cmne ekk