Tue 21 Aug 2007
Salah guna perkataan ‘Semua’.
Posted by Osman Affan under Motivasi, Persediaan Minda
Pernahkah anda dengar mana-mana pelajar yang didenda guru disiplin dan berkata, “Semua cikgu disiplin memang macam ni, suka je nak rotan orang!” Atau
Seseorang yang tidak dilayan dengan baik semasa berurusan di jabatan kerajaan lalu merungut, “Semua kakitangan kerajaan memang macam ni, tak cekap!”. Atau
Seorang wanita yang ditinggalkan kekasih berkata, “Semua lelaki memang tak guna!”
Anda perlu berhati-hati jika anda suka menggunakan perkataan ‘semua‘ begini untuk menggambarkan pengalaman hidup anda. Ini kerana pada hakikatnya, satu pengalaman atau beberapa pengalaman tidak boleh dijadikan fakta umum untuk menyatakan semua perkara. Contohnya, jika tiba-tiba anda terlihat seekor cicak mempunyai ekor yang bercabang dua, anda tidak boleh kata semua cicak mempunyai ekor bercabang dua. Atau anda terlihat seekor katak yang bermata merah, anda akan katakan bahawa semua katak di dunia ini bermata merah.
Jika anda terlihat seorang penunggang motosikal menunggang dengan cuai dan laju, anda tidak boleh kata semua penunggang motosikal menunggang dengan cuai dan laju. Mengapa? Ada juga penunggang motosikal yang menunggang dengan cermat dan berhati-hati bukan?
Jika anda gunakan satu pengalaman anda untuk menggambarkan semua perkara secara umum, hidup anda akan menjadi sempit. Hidup anda akan dipenuhi bayangan bahawa semua orang didunia ini adalah jahat dan mahu menganiaya anda. Jadi, mulai hari ni, berhati-hati dengan perkataan yang anda gunakan. Perkataan yang anda gunakan menggambarkan sedalam mana pengetahuan anda mengenai kehidupan. ![]()























