Mon 20 Nov 2006
Salahkan siapa?
Posted by Osman Affan under Motivasi, Persediaan Minda
Daripada cerita semalam, anda perlu sedar beberapa perkara:
Pertama, salahkan orang lain atau benci seseorang tidak akan membantu diri anda untuk berjaya. Tidak ada orang yang akan bersimpati dengan anda jika anda kata anda gagal sebab guru anda marah atau berkata tidak elok tentang anda. Orang juga tidak bersimpati jika anda kata anda gagal kerana keluarga anda susah atau anda kata kawan-kawan anda telah mempengaruhi dan merosakkan minda anda. Ini kerana, anda mempunyai pilihan. Anda boleh pilih sama ada anda mahu terus berusaha untuk berjaya atau anda mahu terus merengek dan menangis kerana seseorang telah menyakitkan hati anda. Berhenti merengek, berhenti menangis, berhenti merungut dan berhenti menyalahkan sesiapa di atas kelemahan dan kekurangan anda.
Kedua, menyalahkan orang lain bermaksud anda tidak tahu bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri. Orang yang tidak tahu bertanggungjawab atas pilihan sendiri tidak akan berjaya dalam hidup. Orang begini akan sentiasa menyalahkan orang lain dalam hidup mereka dan tidak akan cuba berusaha untuk berjaya.
Ketiga, membenci atau menyalahkan orang lain di atas kelemahan anda akan mengurangkan fokus anda kepada apa yang sepatutnya anda lakukan untuk berjaya. Contohnya, bila anda gagal matapelajaran matematik, anda mungkin sibuk salahkan guru yang tidak pandai mengajar, anda salahkan kawan-kawan anda kerana membuat bising, anda salahkan sekolah kerana tidak menyediakan tempat belajar yang selesa, anda salahkan pembuat soalan peperiksaan kerana membuat soalan yang terlalu susah, malah anda mungkin salahkan tukang kebun sekolah kerana tidak menyediakan permandangan yang menyejukkan mata memandang! ![]()
Bila ini berlaku, anda tidak akan menumpukan perhatian anda kepada apakah yang boleh anda lakukan untuk memajukan diri anda dalam matapelajaran matematik. Jadi, lebih baik anda berhenti menyalahkan sesiapa sahaja dan mula berusaha untuk mencapai matlamat anda sendiri.
Sudahkah anda faham mengapa anda perlu berhenti menyalahkan orang lain?
Selamat berhenti menyalahkan orang lain……. ![]()
























December 8th, 2006 at 3:54 pm
Assalamualaikum En Osman,
Dah lama I tak baca your cerita-cerita motivasi yang power tu. Mungkin you sibuk agaknya. anyway if you free, pls continue your good job…
TQ
December 9th, 2006 at 3:03 am
Salam sahabat..
Lakukanlah apa sahaja, buatlah apa jua keputusan sekalipun dan pastikan kita bertanggungjawab.
Ia akan menjadikan kita lebih serius dalam melakukannya…
December 12th, 2006 at 4:52 pm
Hai Remy… Lama tak nampak…
Hmmm.. busy sikit…ada 2 buku dan satu ebook yang tengah proses nak keluar. Tak sempat nak update blog ni. Tapi saya akan letakkan juga nanti sebab insyaallah, ada satu akhbar negeri yang akan keluarkan teknik-teknik belajar di sini dalam keluaran harian mereka.
Hayat…. selamat berkenalan.