Fri 27 Jun 2008
SmartStudy bersama pelajar Sekolah Seri Puteri CyberJaya
Posted by Osman Affan under Motivasi, Program Motivasi
Rabu lalu saya berada di Sekolah Seri Puteri CyberJaya bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills bersama para pelajar tingkatan 2. Program ini berlangsung bermula lebih kurang pukul 3.30 hinggalah ke pukul 11 malam. Lebih kurang 170 pelajar yang menghadiri program kali ini. Para pelajar ini mengelarkan kumpulan mereka sebagai ‘ELDATERRA’ (harapnya saya telah eja dengan betul :) )
Saya sebenarnya sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke Sekolah Seri Puteri ini tetapi inilah kali pertama saya dapat membentangkan modul keseluruhan SmartStudy Learning Skills bersama pelajar di sini.
Komen saya mengenai program ini….. hmmmm… saya boleh katakan yang para pelajar ini semua sangat bertenaga! Mungkin ada beberapa pelajar yang kelihatan agak letih dengan aktiviti harian yang agak padat buat mereka tetapi saya rasa mereka semua sangat bertenaga hingga saya sendiri kena kekal
dengan tenaga yang tinggi sepanjang program. Setiap modul yang saya bentangkan dapat difahami oleh peserta dengan mudah hingga saya rasa seolah-olah mereka pernah mengikuti sebelum ini. Ini kerana mereka dapat jawab soalan-soalan saya dengan baik malah ada yang mengatasi jangkaan saya.
Saya percaya, daripada segi motivasi diri, para pelajar ini tidak memerlukan bantuan saya kerana saya lihat mereka semua mempunyai semangat dan motivasi diri yang sangat tinggi. Mereka kelihatan kekal bersemangat melakukan aktiviti walaupun jam sudah menunjukkan jam 10 malam.
Saya percaya tugas utama saya ialah untuk berkongsi dengan mereka tentang teknik-teknik belajar yang lebih berkesan. Dengan teknik-teknik ini, mereka akan dapat menguruskan jadual harian mereka yang ketat dengan lebih baik. Malah, mereka akan dapat menguasai sesuatu yang baru dalam jangka masa yang lebih singkat. Sebagai bonus, sesuatu baru yang mereka kuasai ini akan kekal dalam memori mereka hingga ke hari peperiksaan.
Setelah tamat program, saya mendapat maklumbalas yang agak baik daripada semua pelajar. Seronok juga membaca maklumbalas ini semua kerana ada antara komen dalam maklumbalas tersebut tidak pernah saya dengar sebelum ini. Di sini saya kongsikan sedikit maklumbalas pelajar mengenai program ini sebagai testimoni kepada program SmartStudy yang saya jalankan.
‘Sangat seronok. Amat bagus. One word for this - : B.R.I.L.L.I.A.N.T! Congratulations & Thanks.‘~Khairunnajihah Aqila Mohd Sufian~
‘SmartStudy Learning Skills memang menyeronokkan. Penceramah En Osman Affan memang seorang penceramah yang mantap. Tidak sia-sia mendengar ceramahnya selama 7 jam kerana banyak yang dapat diperolehi.’ ~Nur Nathrah Kamaruddin~
‘Program ini dapat membuatkan saya lebih yakin terhadap diri sendiri dan membuat saya menghafal dengan lebih mudah. Terima kasih En Osman Affan.’ ~Fatin Mastura Abdul Razak~
‘Program ini merupakan program yang amat bagus! Saya suka En Osman bukan sahaja memberi ceramah atau motivasi, tetapi beliau seperti ‘bercakap’ dengan kita semua! Satu kaedah pengajaran yang bagus! ~Fatimah Nadiah Mohd Hisham~
‘Saya rasa ini merupakan program motivasi yang paling menarik pernah saya hadiri. Semoga satu hari nanti kita dapat bertemu lagi.’ ~Faten Nur Artikah Johari ~
‘Ini merupakan program motivasi yang paling menyeronokkan yang pernah saya sertai.‘ ~Nur Fadzleen Izyana~
‘Program ini sangat bagus dan insyaallah akan memberi kesan positif kepada kami pelajar ELDATERRA 0711 SSP. Thank you En Osman.’ ~Nurul Atiqah Hj Samuri
‘Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menganjurkan program seperti ini. Keep it up doing this job! Saya memperoleh pelbagai teknik yang saya kira berkesan.’ ~Nur Afiqah Abdul Adzim Shukri~
Ini komen yang belum pernah saya jumpa dan belum pernah saya terfikir pun sebelum ini.
‘Nak tahu tak Cikgu Osman nih!! Lawak jenaka sampai ke Raja Lawak!! Bukan sahaja lawak tapi sambil tu berkongsi aset-aset untuk berjaya juga.‘~Nurfarahin Mohd Yazid~
Untuk para pelajar ELDATERRA, saya ucapakan selamat berjaya dan semoga apa sahaja yang ditulis di dalam ruangan matlamat berjaya dicapai. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 












June 27th, 2008 at 5:03 pm
terima kasih ats masa yg diluangkan untuk mengajar kami.
hope to meet again
June 28th, 2008 at 1:02 pm
saya berasa sangat berssemangat setelah menghadiri program smartstudy dengan encik.bolehkah pada tahun hadapan encik datang lagi ke sekolah seri puteri memandangkan saya akan menghadapi peperiksaan pmr.bye………
June 28th, 2008 at 11:44 pm
Ira, terima kasih kerana sudi singgah. Insyaallah kita akan berjumpa lagi.
Nur Naimah, terima kasih. Insyaallah, jika dijemput saya mesti datang.
June 29th, 2008 at 8:30 am
terima kasih kerana datang ke sekolah kami. kini saya lebih yakin untuk mencapai matlamat saya. thank you.
June 29th, 2008 at 7:38 pm
thanks 4 everything.i like this programme.
hopefully ckgu dpt dtg lg,
June 30th, 2008 at 1:18 pm
Nur Najihah,
Terima kasih kembali. Selamat mencapai matlamat.
Khairunnajihah,
You’re welcome. Insyaallah ada rezeki cikgu datang lagi.
July 1st, 2008 at 4:12 pm
thank you cikgu osman…
sye rse lbih ykin slps mengikuti program ini
hope we meet again
July 1st, 2008 at 4:46 pm
thankz a lot!
we had a lot of fun!
cikgu kelakar sangat..:)
jumpa lagi next year yeah?
July 2nd, 2008 at 1:33 am
Izzaty, terima kasih kembali. Teruskan rasa yakin tu. Insyaallah ada rezeki jumpa lagi.
Nathrah + Wani,
Terima kasih kerana rasa seronok sepanjang program. Hehe… harapnya juga kelakar tapi masih boleh sampaikan mesej ye. Insyaallah berjumpa lagi.
July 2nd, 2008 at 4:08 pm
cg Osman thanks for speanding your tight schedual with us…we gain a lot and we have loads of fun learning with you…hope to see you again…Eldaterra 0711 wishes you all the best!!!
July 2nd, 2008 at 4:28 pm
ohoi ckg osman.
kami ber’KERETA’.
sgt sronok smpi x nk ttp ‘2′pd wktu mlm utk revise blek pe yg ckg ajar.
hehehe (bahu kami b’grk x henti2).
sekarang,
kami dh buang sume cd hantu kami.
tukar dgn cd lwk lak.
hahaha.
trimas ckg!!
p/s: jgn lpe masok rje lawak ye..
July 2nd, 2008 at 7:35 pm
khairiyah + barirah…
Terima kasih kerana sudi melawat blog cikgu ni. Cikgu juga ucapkan selamat berjaya untuk semua warga ELDATERRA yang penuh ceria!
aainaa mokhti + mrsyq + nadhirah + hanani…..

Wahh….meriah betul ni…. baguslah kalau amalkan gerakkan bahu tu…. cuma jangan terlebih guna macam cikgu cakap sudahlah…. bahu bergerak tu boleh berjangkit.
Lepas ni kalau jumpa hantu semua ELDATERRA ketawa agaknya ye..
Pasal RajaLawak tu, cikgu nak daftar, tapi pendaftaran belum buka lagi.
July 3rd, 2008 at 11:25 am
cikgu..
motivasi hari tu best sangat..
nak lagi lah..
rasa tak puas lagi..
July 3rd, 2008 at 9:36 pm
Wani, terima kasih kerana sudi singgah. Kalau program motivasi, mestilah best kan? Baguslah. Kalau ada peluang, banyakkan lagi hadiri kursus-kursus macam tu ye, tak kisahlah siapa pun yang sampaikan.
July 4th, 2008 at 1:48 pm
cikgu,terima kasih.
sbb sudi dtg ke sekolah kami.
program ini benar2 membuatkn saya rasa yakin utk mencapai cita2 saya.
July 4th, 2008 at 5:17 pm
hai cikgu man..
sihat??
thanks for the motivation..
really appreciate it..
hope to see you again!!
bye2..
July 4th, 2008 at 5:17 pm
hope to meet again.
tq 4 every single thing cikgu
July 4th, 2008 at 10:16 pm
thanks a lot en osman!
actually, i really enjoyed it!
but, yg paling sy suke ble..
cikgu banyak menggunakan nama audi!
haha..(bahu brgerak)
kawan2 jgn jeles..
July 5th, 2008 at 10:36 am
thanx for coming…
hopefully we will hav more long time to talk…
i need you to explain more ’bout pengurusan mase…n more tips ’bout preparation for exam..
thanx again..and i really enjoy diz program..
dis is da best and fantastic program…
July 6th, 2008 at 12:43 am
Cikgu Osman…

Cikgu!
Next year datang lgie taw!!
Kteorg x abes blajar lgie!
Pasal pengurusan masa tuh!
Bab tuh yg sye lemah!
Hahaha xD
Nice to meet you!
Moge2 dpt b’jumpa lagi cikgu!
July 6th, 2008 at 3:18 pm
thanx 4 the talk…….hopefully,next yera there will be another talk/program wif u 4 our pmr09……….i still remember your jokes n everything u have tought us…….
July 6th, 2008 at 4:26 pm
Izzah, terima kasih kembali.
Terima kasih kepada kaunselor sekolah sebenarnya kerana telah menjemput cikgu. Cikgu doakan Izzah berjaya mencapai apa sahaja yang diimpikan.
Asiah & Fatin Amira,
Hai, apa khabar? Cikgu memang sihat selalu.
Insyaallah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita berjumpa lagi.
Sharah, you’re welcome. I wish you all the best!
Nuraudi…. you’re welcome. Audi eh…. hmmm… pelajar auditori….kereta audi… auditory nerves…. ehh.. lebih daripada 2 kan…. banyak jugak tu.
(Kenapa bahu tak boleh berhenti bergerak nih!)
Liyana…you’re welcome. Insyaallah kalau ada masa lebih panjang cikgu akan terangkan dengan lebih panjang lebar tentang pengurusan masa dan persediaan menghadapi peperiksaan.
Syaza-Nazu… OK, tak ada masalah. Ada masa cikgu guna lagi banyak masa untuk cerita tentang pengurusan masa.
Insyaallah berjumpa lagi.
Maisarah… Insyaallah. Keep on remembering…..
July 8th, 2008 at 12:06 pm
hye~sihat?!
nak jmper ckg lg nex yer..
klu bleh diz yer pon x per..
hope so!!
doakan kejayaan eldaterra0711!!
July 8th, 2008 at 12:06 pm
hye..cikgu….
hope sgt cikgu dtg lg next year…
coz kitorg nk exam pmr….
nway,thankz n hope to meet u again…
July 8th, 2008 at 4:14 pm
Fazira, cikgu sihat.
Insyaallah ada rezeki cikgu datang lagi. All the best!
Nadia, hai… insyallah…. ada rezeki berjumpa lagi.
July 15th, 2008 at 10:41 am
cikgu,
bila nk dtg lg?
July 15th, 2008 at 5:35 pm
Sharah…Fatin… insyaallah…kalau jemput cikgu datang le… kalau tak cikgu cuma lalu kat tepi pagar sekolah je.
July 24th, 2008 at 7:48 pm
assalamualaikum
dah lme dah kn
rndu nk dngar lg motivasi dr ckgu
ari tu pun x habis
ble ckgu nk dtg lg ????
dah lme x dimotivasikn
skrg nie exam week
sok last day
k……..tu je
July 29th, 2008 at 10:04 am
Waalaikumsalam.
Fatin, insyaallah ada rezeki boleh sambung lagi.
August 4th, 2008 at 4:14 pm
Assalamualaikum…
Hope dpt jmpe ckgu lg…
Ckgu!
Kami perlukan motivasi drpd cikgu lg…
Results exams kami this time MENURUN…
We need SUPPORT…
Nnti bg motivasi lg yer…
^_^
November 26th, 2008 at 9:27 pm
hye cg osman!

thnx a lot..
best sgt talk arituh..
enjoy!
haha..
harap cg dpt dtg lagi..
December 11th, 2008 at 11:18 pm
Assalamualaikum,
Cikgu
Diharap cikgu dapat datang lagi 2009 ini!
Bagi kami semangat untuk PMR.
Results akhir tahun agak menurun,
walaupun dah meningkat dari semester 2,
tapi bagi kami boleh dikira agak menurun lah.
Cikgu datang lagi taw!
* syaza
December 12th, 2008 at 8:02 pm
Syaza-Nazu,
Insyaallah ada rezeki cikgu datang lagi.
Hai Nas, terima kasih kerana enjoy dan beri kerjasama masa program. Ada rezeki mesti datang lagi.
Syaza, menurun sekarang takpe, tahun depan Insyaallah dapat yang terbaik.
December 27th, 2008 at 11:36 pm
Assalamualaikum,
rindu cikgu.
cikgu. datang tau!
nanti saya suruh cikgu zila jemput lagi.
walaupun awal lagi, tapi nak wish..
Happy New Year!
syaza / syaza-nazu- [orang sama aja sebenarnya]
December 28th, 2008 at 11:18 am
Waalaikumsalam.
Syaza, terima kasih.
Cikgu ucapkan selamat tahun baru untuk Syaza. Semoga semua azam dan tekad untuk tahun 2009 akan tercapai.
March 16th, 2009 at 7:40 pm
cikgu…
buatla motivasi kpd pelajar tngkatan 2 2009 pulak….
kami pun teringin mendengar motivasi dri cikgu..
nampak kakak2 kami kelihatan seronok mendengar motivasi cikgu…
April 12th, 2009 at 12:34 am
cikgu ;
do come again cikgu .
results awal tahun sgt lah teruk .
ckgu2 kat skola smue terkejot .
kami lgi lahh surprised .
terok giler ~
aduhh .
harap dpt berjumpa lgy
assalamualaikum ,
and tke care ckgu
syaza nazura
April 18th, 2009 at 10:24 pm
Ika, Insyaallah, ada rezeki cikgu akan sampai ke sana.
Syaza, tidak mengapa. Kepahitan rasa kegagalan akan membuat kejayaan tahun ini menjadi lebih manis dan bermakna. Ada rezeki cikgu ke sana lagi.
June 14th, 2009 at 12:44 am
assalamualaikum cikgu ,
cikgu .
trial da na dekat .
harap cikgu boleh bagi motivasi lagi .
aza_cute94@yahoo.co.uk
ni email sy , harap ckgu boleh troskn bg support .
doakn pmr kteorg cikgu .
thanks .