kolej kemahiran tinggi maraIsnin lalu saya berada di Kolej Kemahiran Tinggi Mara untuk mengendalikan program SmartStudy Learning Skills. Ini adalah kali pertama saya mengendalikan program bersama mahasiswa dan mahasiswi di sini.

Di dalam program ini, saya banyak terangkan tentang matlamat seseorang yang tidak mempunyai minat dalam bidang akademik. Jika anda tidak minat bidang akademik seperti subjek Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris, adakah anda akan membuang masa anda di kolej atau universiti?

Kolej MaraKatakan anda berminat untuk bekerja sendiri satu hari nanti sebagai seorang mekanik atau pengurus salun kecantikan, anda pasti rasa belajar subjek-subjek akademik tidak ada kena mengena dengan minat anda itu. Namun, cuba anda lihat beberapa tahun kedepan. Bayangkan anda mahu jadi mekanik yang berjaya 5 tahun akan datang. Agak-agaknya, apakah kemahiran dan pengetahuan yang anda perlukan?

Saya percaya, jika anda fikirkan betul-betul, anda akan dapat lihat mengapa anda perlu tumpukan perhatian pada subjek akademik anda. Anda juga akan lihat bagaimana anda dapat menjadi seorang mekanik yang lebih berjaya jika anda berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik anda. Saya telah lihat ramai usahawan berjaya yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. Tetapi, disebabkan mereka mahu berjaya, mereka mula belajar sendiri ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran yang mereka tidak pelajari dengan betul diperingkat sekolah. Setelah mereka kuasai pengetahuan dan kemahiran itu semua, mereka jadi lebih berjaya.

Jadi, jika anda sedang belajar sekarang, mengapa anda tidak kuasai semua pengetahuan dan kemahiran itu sekarang?