Sun 3 Feb 2008
SmartStudy Learning Skills di Felda Tenggaroh 5, Johor
Posted by Osman Affan under Motivasi, Program Motivasi
1 Comment
Semalam saya berada di Felda Tenggaroh 5, Johor bagi mengendalikan program SmartStudy Learning Skills untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Program ini dijalankan dengan kerjasama Syarikat Saidina Smart Consultancy di bawah pimpinan En Mohd Rafek.
Program kali ini agak mencabar bagi saya. Ini kerana saya tiba di Johor Baru lebih kurang
pukul 12 tengah malam. Kemudian En Rafek datang menjemput saya untuk pergi ke tempat penginapan di Felda Easter yang memakan masa lebih sejam. Setelah sampai, minum dan bersiap untuk tidur, jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Saya sempat tidur selama 2 jam setengah sahaja sebelum bangun dan bersedia kerana kami perlu bertolak awal ke tempat program. Alhamdulillah, tidak ada masalah apa-apa semasa program dijalankan.
Sepanjang hari program pula, hujan lebat tidak henti-henti turun. Bila terkenang banjir, bimbang juga saya rasa kerana selepas habis program saya perlu segera bertolak ke KL. Ini kerana ada program dengan penulis PTS keesokan harinya. Alhamdulillah sekali lagi, air tidak naik terlalu tinggi.
Program kali ini hanya fokus kepada 2 kemahiran belajar utama iaitu teknik memori dan teknik pengurusan masa. Di dalam program satu hari, saya sempat menjalankan beberapa latihan individu termasuk beberapa latihan dalam kumpulan bagi memantapkan lagi apa yang telah dipelajari.
Saya ucapkan selamat berjaya kepada para pelajar yang menyertai program ini. Semoga ilmu yang telah dikongsikan dapat memberi manfat, insprasi dan kekal di dalam minda mereka hingga ke hari peperiksaan sebenar nanti. Selamat berjaya!
One Response to “ SmartStudy Learning Skills di Felda Tenggaroh 5, Johor ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from Program SmartStudy di Pasir Gudang, Johor » Motivasi Belajar Osman Affan
June 24th, 2008 at 12:05 am[...] daripada pelajar kelas akhir hingga masuk ke kelas pertama. (Boleh rujuk program tersebut disini http://www.motivasibelajar.com/motivasi/smartstudy-learning-skills-di-felda-tenggaroh-5-johor.html)M... pelajar tersebut berada dalam kedudukan 5 teratas pelajar sekolahnya. Ini sangat mengejutkan guru [...]






















