Soalan: Terima Kasih kerana berkongsi. Saya nak mohon nasihat Adik saya akan menghadapi SPM tahun hadapan. Tapi saya rasa dia tak tahu bagaimana hendak hadapi SPM tu. Kurang bermotivasi. Tak tahu kenapa pentingnya SPM Jadi bagaimana ya, nak nasihatkan dia? ~Mumtazah~

Osman AffanJawapan: Mumtazah, terima kasih kerana bertanya.

Memang sukar untuk nasihat adik sendiri. Ia sama susah seperti ibu yang bekerja sebagai guru untuk mengajar anak sendiri. Ini kerana anak tersebut sudah terlalu biasa dengan si ibu dan sudah faham banyak perkara tentang si ibu. Sukar sedikit untuk si anak menerima apa yang diajarkan oleh si ibu.

Saya cadangkan untuk dapatkan perspektif pihak ketiga. Antara untuk mendapatkannya ialah melalui
1. Pendedahan melalui kursus, seminar atau bengkel.
2. Dapatkan nasihat daripada kenalan atau saudara mara yang berjaya.
3. Dapatkan melalui bahan bacaan seperti buku-buku pembangunan diri.

Apa yang penting, tidak boleh harap adik berubah serta-merta. Perubahan mengambil masa. Pelajar berumur 16-17 tahun sudah mula mempunyai personaliti mereka yang tersendiri. Jadi mereka mudah malu jika dibandingkan dengan orang lain atau apabila mereka asyik dileter mengenai sesuatu perkara.

Cadangan saya yang terakhir ialah berjumpa dan minta nasihat daripada kaunselor sekolah. Kaunselor sekolah atau guru kelas selalunya tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada pelajar. Pelajar juga selalunya mempunyai personaliti yang berbeza di rumah dan di sekolah. Dengan mengetahu perangai adik Mumtazah di sekolah mungkin dapat membantu memberi idea bagaimana untuk memberi kesedaran kepadanya.

Harap pandangan ringkas saya dapat membantu.