osman affanJika anda sekarang sedang belajar di sekolah menengah, kolej atau universiti, pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya keadaan selepas anda tamat belajar dan memasuki dunia pekerjaan? Dulu, saya sendiri selalu terfikir tentang perkara sebegini. Namun, sayangnya saya tidak ada jawapan untuk soalan tersebut. Jadi saya terus hanyut dalam kesibukan sebagai seorang pelajar tanpa mengetahui apa sebenarnya yang perlu saya ada untuk menempuh kehidupan dalam dunia selepas tamat pengajian.

Akibatnya, saya hadapi kesukaran sewaktu mencari pekerjaan yang saya mahu. Saya hadapi kesusahan untuk mencari pekerjaan sebenar yang saya idam-idamkan. Kerja yang saya cari selepas tamat pengajian adalah kerja yang sesuai dengan kelulusan saya. Begitulah sepatutnya kan?

Kerja pertama yang saya lakukan sebaik sahaja tamat belajar adalah sesuatu yang ada kena mengena dengan pelaburan. Saya masih tidak pasti pelaburan itu sah atau penipuan, tetapi apa yang saya ingat ialah tidak ada gaji, cuma komisyen jika saya berjaya mendapatkan pelabur. Saya bekerja di situ cuma selama sebulan. Mana tahan kerja kalau tak ada gaji kan?

Kemudian saya ditawarkan kerja sebagai Technical Sales Executive oleh sebuah syarikat di Kelana Jaya. Kerja dalam bidang pemasaran atau jualan dan juga kerja dalam industri yang patut diterajui oleh pelajar dalam bidang engineering. Saya tidak memikirkan soal sesuai atau tidak ketika itu kerana bagi saya, baik ada kerja daripada tak ada kerja langsung. gaji yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Saya kekal di sana selama 8 bulan kerana saya berjaya mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan saya dan kerja di satu tempat yang mempunyai imej yang tinggi iaitu PriceWaterHouseCoopers Chartered Accountant. Saya kekal di sini selama 3 tahun sebelum saya buat satu keputusan yang terbesar dalam hidup saya ketika itu.

Persoalannya, mengapa saya buat keputusan untuk berhenti kerja di syarikat yang berprestij dan berpeluang menjadikan saya menjawat jawatan yang sangat tinggi suatu hari nanti…?

Saya akan sambung cerita ini esok……..