soft skillsSetelah anda fikirkan dan bayangkan situasi sewaktu anda perlu bersaing dengan ribuan pelajar lain, dapatkah anda bayangkan apa yang anda perlu sediakan supaya anda boleh jadi seorang pesaing terhebat? Anda mungkin terfikir yang anda mungkin perlu mendapat keputusan peperiksaan terbaik, rekod kegiatan ‘extra-curricular- terbaik, rekod kegiatan sukan, persatuan, kelab dan aktiviti-aktiviti anda mewakili sekolah dan sebagainya…….

Jika itu yang anda fikirkan…. anda betul… namun bukan secara keseluruhannya…. Apabila anda mencari pekerjaan, memang benar bakal majikan anda akan melihat rekod-rekod sewaktu anda belajar. Mereka akan cari bakal pekerja yang mempunyai rekod terbaik. Jadi, jika anda tidak mempunyai rekod yang baik, mampukah anda bersaing?

Jika anda sedar yang anda memerlukan rekod yang baik, apakah yang perlu anda lakukan sekarang? Ya, anda boleh mula tumpukan perhatian anda kepada pelajaran anda. Jika dulu anda rasa tidak bersemangat untuk belajar, anda kini sedar bahawa pelajaran anda itu adalah penting. Jadi anda akan lebih fokus kerana anda kini mempunyai arah untuk dituju.

Hari ini, cuba kaji rekod anda. Adakah anda mempunyai rekod yang baik? adakah anda selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang? Adakah anda aktif dalam aktiviti sekolah yang dapat membuktikan kebolehan anda untuk bekerja disamping orang lain? Jika rekod anda tidak begitu memuaskan, anda tidak perlu rasa terlalu risau. Masih ada masa untuk anda memperbaikinya. Jangan sekali-kali berputus-asa kerana anda tidak akan menjadi pesaing terhebat jika anda mudah berputus-asa.

Melalui rekod-rekod anda, kaji di mana sebenarnya kekuatan dan kelebihan anda? Jika kekuatan anda ini akan jadi satu aset yang berguna kepada anda suatu hari nanti, anda patut mula mengasahnya sekarang……