Sudahkah anda fikirkan apa maksudnya soalan saya semalam….? :)
Sebagai contoh, anda takut untuk bercakap dikhalayak ramai. Anda takut seolah-olah orang ramai akan makan anda jika anda mula bersuara. Jadi, orang ramai boleh takutkan anda……… persoalannya, bolehkah anda takutkan orang ramai itu….?

Mungkin anda kata boleh…. dengan berlagak macam orang gila atau anda bawa pistol semasa hendak berucap… tentu orang ramai akan takut…… :) bukan ini yang saya maksudkan…..

Anda boleh takutkan orang ramai dengan bercakap dengan hebat dan penuh keyakinan. Apabila anda bercakap begini, orang ramai bukan takut melihat anda, tapi takut untuk buat perkara lain kerana tidak mahu terlepas apa yang anda mahu katakan. Apabila ini berlaku, semua orang akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila anda bercakap.

Saya beri contoh bercakap di khalayak ramai kerana kebanyakan pelajar mahupun orang dewasa sangat takut jika mereka terpaksa bercakap di khalayak ramai. Selalunya, mereka akan rasa sangat takut walaupun hanya perlu bercakap di hadapan 10 atau 15 orang. Apa yang perlu anda lakukan untuk hilangkan rasa takut begini?

Ada caranya. Sebelum saya terangkan bagaimana caranya, saya perlu terangkan dulu mengapa pentingnya anda ada kebolehan untuk bercakap di khalayak ramai…….