Tue 11 Dec 2007
Saya buka posting ini untuk menjawab beberapa soalan yang diberikan di ruangan ‘mesej anda’ di sebelah. Tak muat nak jawab dalam ruangan tersebut.
Terima kasih kepada yang bertanya. Saya akan jawab sebaik mungkin mengikut apa yang saya tahu atau apa yang pernah saya pelajari daripada pakar-pakar yang lain.
Untuk adik Aminah, soalannnya “as’salamualaikum w.b.t en. osman…thn depan saya akan menduduki PMR….kdg2.saya berasa yakin akan mendapat 8A..kdg2 plk saya rasa x yakin…apakah yg perlu saya buat utk yakin pd diri sendiri??saya x yakin sbb masa ujian bln ogos saya gagal satu kertas…tp..alhamdulillah periksa akhir thn x de gagal..peratus pon ade peningkatan sikit.”
Waalaikumsalam w.b.t. Adik Aminah (takpe saya bahasakan adik ye sebab kalau panggil adik, saya boleh rasa muda sikit :) Lagipun, saya sendiri ada adik yang berada di tingkatan 2 tahun 2008 ini), rasa tidak yakin adalah biasa terutamanya kalau kita fokuskan kepada kegagalan yang lalu. Sebab adik Aminah tak dapat keputusan peperiksaan yang bagus dalam exam bulan ogos, ia mencetus rasa ragu dalam diri terhadap keyakinan diri. Jangan bimbang, kegagalan lalu bukan petanda kepada kebolehan sebenar kita. Adik Aminah cuma perlu fokuskan kepada imej kejayaan agar dapat fokus kepada apa yang sedang dipelajari. Lebih baik lagi, nanti baca artikel yang saya dah tulis di dalam kategori Psikologi peperiksaan. insyaallah ia dapat membantu.
Soalan adik Fartyn, “salam en. osman..taun dpn sy akn mnduduki spm..sblm brmulenye cuti akhr taun ni sy tlh brazam akn mghbiskn mse cti ini dgn mgulangkaji pljrn bg pljrn ting4..nmun ble dh brmulenye cuti, sy ilg smgt utk bljr.. sy byk mghbiskn mse sy dgn mmbuat prkre2 yg xb’faedh mcm tgk tv..ble sy bkak bku jer,akn tmbul rse mls yg meluap-luap..lgpn ble sy bce bku jer, ader jer yg xkne..aper yg sy bce tu mcm xmsuk dlm otk sy ni..sy pn xtau lg nk wtper..sy arap en osman dpt mmbntu sy dlm mgatasi mslh ini..
n lg satu, sy ni lemah dlm sbjek bhse inggeris..trutamenye dlm mmbuat esei..stiap kali ader ujian,mrkh utk bhgian esei pst akn dpt sket..ianye amt merisaukn sy..sy seolah-olah mnjd blur ble hndk mmbuat esei..buntu sgt..tlg sy atsi mslh ni.. sy sbnrnye lemh dlm vocabulary..sy ni ader sikp mls..tlgla sy atasi sikp mls ni..tq..”
Hmm…panjang soalan adik Fartyn ni. Masalah bersemangat sebelum cuti dan hilang semangat semasa cuti adalah sama macam masalah ‘gejala azam tahun baru yang saya tulis dalam 7 petua skor A 2008. Saya cadangkan
- Cari 1-2 kawan yang sama-sama mahu ambil peperiksaan tahun depan. Buat ’study group’ Pastikan ahli kumpulan ni ada semangat nak berjaya. tak perlu belajar lama-lama. Dapat 1-3 jam pun dah cukup asalkan benar-benar fokus semasa belajar. Ini akan hilangkan masalah mengantuk semasa belajar.
- Mulakan dengan sesuatu yang kecil. Jangan mula belajar dengan merancang nak belajar 4 jam sekaligus. Apa kata mulakan dengan kata “OK, aku nak belajar 10 minit je ni. 10 minit ni aku nak gila-gila fokus.” :) Lama-lama, naikkan jumlah masa tu.
Satu cara paling cepat pandai esei ialah hafal karangan Bahasa Inggeris. Pelajar yang pandai karangan Bahasa Inggeris selalunya suka membaca buku atau bahan bacaan dalam subjek tersebut. Jadi, dia banyak tahu perkataan atau ayat lengkap dalam Bahasa Inggeris. Apabila menulis, jadi senang. Kalau kita nak cepat pandai, selain kena banyakkan baca buku Bahasa Inggeris, mula hafal karangan-karangan Bahasa Inggeris terutamanya karangan-karangan yang popular dan selalu keluar dalam soalan peperiksaan. Selamat mencuba ye.
Soalan adik Khuziamah, “assalammualaikum.saya seorg pelajar yg akan menduduki spm pd thun dpan.sya suka blajar tetapi ap yg sya belajar hnya 20% yg blh dterima.jika saya buat persiapam awl,sya mudah lupa.tlgla saya atasi perkara ni.”
Waalaikumsalam. Adik Khuzaimah, sebenarnya, saya percaya semua orang macam tu, sekali belajar, sedikit je dapat. pelaajr cemerlang macam tu juga, sekali belajar, dalam 20-30% dapat. Tapi macam mana mereka masih boleh jadi pelajar cemerlang? Mereka ulang dan ulang dan ulang lagi proses pembelajaran tu. Maksudnya, mereka bukanbelajar sekali je, mereka buat berulang-ulang kali. Sama seperti belajar tunggang basikal, bukan sekali naik terus kita pandai kan? Tapi lepas buat berulang-ulang kali, kita pasti akan pandai.
Persiapan awal lepas tu lupa mungkin disebabkan ia tidak dilakukan dengan betul atau ia tidak diulangkaji. Kalau bulan Januari kita sangat pandai topik algebra tetapi bulan 2,3 dan 4 langsung kita tak tengok topik tersebut, kita akan lupa semula. Malah, kita kena belajar dari awal balik macam masa mula-mula kita jumpa topik tersebut. Jadi, perlu ada ulangkaji dan selalu perlu buat beberapa latihan berterusan agar kita tidak lupa.
Harap jawapan saya dapat membantu adik-adik sekelian. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













