Fri 4 Apr 2008
Tidak berubah walaupun sudah hadir ke kursus motivasi
Posted by Osman Affan under Motivasi, Program Motivasi
Saya kerap kali mendapat soalan begini, “Tuan, adakah saya akan berubah menjadi pelajar cemerlang setelah menghadiri kursus Tuan?”, “Encik Osman, adakah anak saya akan berubah menjadi rajin dan suka belajar selepas menghadiri program Encik?” dan “Apakah peserta tuan yang lepas-lepas berjaya dengan cemerlang?”.
Hmmm… Ini adalah satu perkara penting yang saya mahu kongsikan.
“Menghadiri kursus motivasi atau seminar teknik belajar bukan seperti meletakkan adunan tepung ke dalam oven untuk membuat kek. Kalau kita letak adunan tepung untuk buat kek ke dalam oven, keluar sahaja daripada oven tepung itu akan bertukar menjadi kek yang siap untuk di makan.

Ini tidak sama seperti menghadiri kursus dan seminar tadi. Pelajar atau orang dewasa yang datang kursus tidak akan secara automatik menjadi berjaya atau berubah kerana perubahan terletak di dalam kawalan mereka. Jika mereka datang kursus dengan hati tertutup, mereka tidak akan berubah. Kalau mereka balik dan tidak amalkan apa yang dipelajari, mereka akan kekal seperti sebelumnya.
Jadi, apa gunanya menghadiri kursus dan seminar motivasi dan teknik belajar?
Bagus. Itulah soalan yang patut kita persoalkan. Jawapan saya, menghadiri kursus dan seminar itu umpama kita sedang membuat ukiran batu. (Bayangkan tukang ukir yang mengukir batu menjadi patung atau bahan hiasan). Mengapa agaknya saya kata begitu? Bolehkah anda fikirkan seketika mengapa hadiri kursus bukan macam buat kek tapi macam membuat ukiran batu?









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














April 4th, 2008 at 3:01 pm
Maaf Tuan Osman, saya tak sabar ingin mengetahui jawapannya. Sila beri tunjuk ajar.
Bagus Tuan Osman menyediakan entri di atas. Supaya bakal dan para peserta faham antara ‘belajar cara hendak berjaya’ dengan ’saya berjaya’.
April 6th, 2008 at 1:27 pm
mengikuti kursus motivasi macam mengukir patung ?
persamaannya mungkin , ianya mengambil masa yg lama , perlukan kepakaran dan kesabaran kalau tersilap pahat nanti tak menjadi ?
errr betul ker ?
saya bersetuju dengan En Osman tentang kesediaan individu dalam menaikan atau mengekalkan motivasi diri… saya sendiri pun cuba mengekalkan momentum motivasi setiap hari dengan membaca buku dan mendengar cd motivasi… sekarang saya mula mengikuti dan mencari kursus untuk pembangunan diri ….
disini saya syorkan tip - tip yang ada dalam buku Steve Chandler 100 ways to motivate yourself , memang best
dan tip dari Azizi Ali , beliau sentiasa membuat catatan perbelanjaan harian selama 10 minit sehari sehinggalah kini…
kalau lah untuk jadi jutawan beliau boleh konsisten sebegitu , jadi untuk mencapai impian kita tersendiri ,seharusnya kita juga perlu mepunyai catatan peribadi sebagai motivasi harian -> saya pun dah mula amalkannya sejak 2 tahun lepas
p/s En Osman tak terlibat dalam Pesta Buku Antarabangsa ? saya baru balik dari sana…
April 6th, 2008 at 7:35 pm
Tuan Sham, terima kasih atas sokongan. Saya akan kongsikan dalam sehari dua ini.
Fida, lebih kurang la tu. Saya akan terangkan lebih lanjut lagi.
Belum berkesempatan nak turun pesta buku sebab masa mula pesta hari tu saya dah dalam perjalanan ke Sarawak. Insyaallah minggu ni saya gagahkan diri ke sana.