Tue 26 Dec 2006
Tips bercakap di khalayak ramai (2)
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi
[4] Comments
Anda sudah lakukan latihan semalam?? Jika belum, anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk memahami apa yang akan dibincangkan dalam beberapa hari ini. jadi, lakukan latihan itu dahulu sebelum anda mulakan.
Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah anda rasa debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak kali membuat program di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu memulakan sesuatu program atau setiap kali saya mahu mula bercakap.
Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.
Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar? Lakukan latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara seseorang yang merasa gementar berdiri.
Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang merasa gementar, anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.
Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah anda lihat siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai….? Bolehkah anda kesan sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu semua melalui pergerakan tubuh mereka….? Perhatikan………























December 26th, 2006 at 9:23 am
pertama sekali saya diberi peluang bercakap di khalayak adalah ketika perhimpunan sekolah. pertama sekali saya memberikan ceramah ialah tentang pengurusan masa kepada pada pelajar tahun 6. kedua-duanya sama, saya amat gementar. kini saya telah banyak kali memberikan ceramah, dan hasilnya masih lagi gementar. cuma gementarya sikit dan boleh dikawal dengan baik. jadi, gementar ketika berucap di khalayak, adalah biasa.
December 26th, 2006 at 9:41 pm
Hai Ali.
Ali kerja sebagai apa ye? Guru ke?
Hmm… betul, gementar adalah biasa dan boleh dikawal.
February 3rd, 2009 at 9:53 pm
assalamuialaikum..
di sini saya mahu berkongsi pengalaman saya pada hari ini.saya merupakan seorang pelajar.
hari ini saya telah di suruh berucap di depan pelajar lain dan saya rasa sungguh gementar dan pada masa yang sama saya jadi “blur”tak tahu nak cakap apa.sekarang ni saya masih lagi terbayangkan kejadian tu. saya berasa sungguh kecewa dengan diri sendiri.Adakah perasaan ini adalah pekara biasa bagi seseorang yang tidak berpengalaman berucap dikhalayak ramai?
February 4th, 2010 at 10:17 am
saya tetap rasa gemuruh ketika berucap~ knape ekk??