Tue 27 Nov 2007
Ikut resmi padi, semakin tunduk apabila semakin berisi.
Posted by Osman Affan under Motivasi, Mutiara Kata

Sabtu lalu saya berpeluang mengendalikan satu slot yang bertajuk ‘Emotional Intelligence Management’ kepada para pensyarah dan kakitangan pentadbiran Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Slot ini disertakan ke dalam Bengkel peningkatan produktiviti dan Hari keluarga ATMA ke-8 yang dijalankan di Port Dickson.
Kenapa saya berikan tajuk seperti di atas ya untuk posting ini?
Hmm… macam ni.
Setelah saya kongsikan serba sedikit pengetahuan saya mengenai Emotional Intelligence kepada para peserta program tersebut, hati saya merasa sangat tenang dan selesa dengan maklum balas yang saya terima daripada mereka. Peserta ini semua kelihatan ceria, sangat berminat untuk belajar, bersungguh-sungguh ingin tahu dan banyak memberi soalan ikhlas untuk menambahkan pengetahuan mereka.
Setelah selesai program, barulah saya tahu rupa-rupanya peserta saya ini semua kebanyakan berpangkat Professor dan Dr. Malah ada yang berpangkat Dato’ dan Datin. Ada yang sudah bergelar pensyarah dan menyertai UKM sewaktu saya belum lahir lagi!
Ini membuktikan satu perkara kepada saya. Orang yang benar-benar berilmu sangat merendah diri semasa mempelajari sesuatu. Sebab itulah mereka mudah untuk menguasai sesuatu ilmu. Walaupun peserta saya ini semua mempunyai ilmu yang jauh lebih tinggi daripada saya, mereka tetap berminat dan bersungguh-sungguh mempelajari ilmu yang saya kongsikan bersama mereka.
Alangkah hebatnya kalau kita semua mempunyai sifat dan sikap yang sama. Jika cara ini diamalkan oleh kita semua, proses menimba ilmu pasti menjadi sesuatu yang sangat mudah. Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, ikut resmi padi, semakin tunduk apabila semakin berisi.
Saya benar-benar kagum dengan mereka!
Pengalaman ini memberi kita beberapa pengajaran. Insyaallah sehari dua ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimanakah sifat dan sikap para peserta saya in dapat membantu kita semua mempelajari sesuatu dengan cepat.
p/s Terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti sesi saya pada Sabtu lepas. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat turut serta dalam majlis tersebut terutama sekali acara hebat pada waktu makan malam. ![]()




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














November 27th, 2007 at 12:52 pm
Hi semua.
tajuk menarik, pasti dengan isi yang menarik!
setelah saya habis membaca post Sifu kali ini, terasa diri ini amat perlu menanam sikap dan sifat sedemikian. memang benar, setinggi mana ilmu yang ada di dada, ilmu yang mendatang amat perlu dihormati. ilmu itu luas. pasti inilah antara pendirian mereka-mereka yang ‘telah lama berilmu’.
tak sabar-sabar rasanya menantikan perkongsian Sifu akan sifat dan sikap mereka-mereka yang begitu amat merendah diri dalam menuntut ilmu.
= AzamWahid@yahoo.com =
November 27th, 2007 at 2:23 pm
Assalamualaikum…Betul kata En Osman,sesungguhnya orang yang berilmu itu sungguh bersih hatinya,jadi ketulusan hati akan sendirinya wujud untuk menerima apa jua ilmu….
Hormatilah dan sayangilah ilmu itu walau di mana anda berada,ilmu akan menjaga kita di dunia ini untuk kehidupan di akhirat.Jadi sentiasalah merendah diri apabila anda ingin menerima ilmu.Mulialah hidup orang yang sentiasa merendah diri dalam menerima ilmu…
November 27th, 2007 at 2:28 pm
Waalaikumsalam.
Azam…Hanny, terima kasih di atas ‘input’ yang diberi. Sama-samalah kita berdoa dan berharap agar lebih ramai sahabat, kenalan, para pelajar, bakal graduan dan juga diri kita sendiri mempunyai sifat yang baik ini….