Sun 8 Jun 2008
Lancarkan impian…
Posted by Osman Affan under Fikir, Motivasi, Mutiara Kata

Ada beberapa soalan untuk anda dan saya fikirkan mengenai kejayaan.
1. Adakah kita selalu melihat kejayaan orang lain dan terfikir bilakah kejayaan itu akan menjadi milik kita pula?
2. Adakah kita selalu bersorak, gembira dan bercerita tentang kejayaan orang lain sedangkan kita tidak berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan tersebut itu sendiri?
3. Adakah kita selalu menunggu waktu yang sesuai dan sempurna untuk memulakan usaha mencapai kejayaan?
4. Adakah kita selalu merungut dan mengeluh tentang nasib baik orang lain dan masalah yang sering melanda diri kita?
Soalan terakhir,
5. Apakah yang sanggup kita lakukan agar impian agung kita terus meluncur ke arah destinasi yang kita harap-harapkan?
Nasihat saya kepada diri saya sendiri, jika saya mahu berjaya, berhenti merungut, tentukan impian yang ingin dicapai dan lancarkannya. Lancarkannya dengan bersungguh-sungguh agar ia mampu meluncur laju menuju destinasinya. Bagaimana dengan nasihat anda kepada diri anda sendiri pula?
(Gambar diatas diambil daripada program terbaru saya bersama kakitangan Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu. Entah kenapa gambar ini memberi seribu satu maksud tentang kejayaan. Cuba anda sendiri perhatikan gambar ini dan fikirkan maksud yang dapat anda faham tentang kejayaan. Jika sudi, kongsikan apa yang anda faham itu di sini) ![]()























