Sun 22 Oct 2006
Mutiara Kata
Posted by Osman Affan under Motivasi, Mutiara Kata
Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian. ~Osman Affan

Saya secara peribadi suka falsafah hidup saya ini. Apabila anda mahukan sesuatu, anda boleh tahu sama perkara itu benar-benar atau tidak berdasarkan halangan yang perlu anda tempuhi. Semakin besar halangan yang perlu anda tempuhi, semakin besar nilainya matlamat anda itu.
Di dalam program-program yang pernah saya jalankan, maksud kata-kata ini boleh ditunjukkan dengan membuat peserta melalui halangan-halangan fizikal. Semakin susah halangan fizikal itu, semakin besar maknanya kepada peserta.

Contohnya, ada satu aktiviti repelling di mana peserta perlu turun dengan tali daripada tempat tinggi. Ini benar-benar menguji keberanian dan ketabahan peserta terutamanya yang takutkan ketinggian. Tetapi, setelah mereka berjaya atasi halangan itu, mereka rasa lebih bersemangat dan yakin untuk menempuhi cabaran-cabaran yang lain. Keyakinan ini akan membuat mereka berjaya suatu hari nanti. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













