Sun 14 Jan 2007
Mutiara Kata
Posted by Osman Affan under Motivasi, Mutiara Kata
Bijak adalah apabila anda merasa tidak pandai dan mula menumpukan perhatian untuk mempelajari sesuatu. ~Osman Affan~
Jika anda datang ke sesuatu majlis ilmu seperti pergi ke sekolah, menghadiri kuliah, menghadiri seminar atau menghadiri kursus, anda tidak dapat pelajari sesuatu jika anda datang dalam keadaan “gelas yang penuh”. Bayangkan sebiji gelas yang penuh dengan air. Bolehkah anda menuangkan air lagi ke dalamnya? Tidak boleh bukan.
Masalahnya yang ingin saya utarakan, banyak orang yang hadir sesuatu majlis ilmu dengan tanggapan mereka sudah tahu semuanya, sudah pandai dan mereka lebih baik daripada pensyarah atau penceramah dihadapan. JIka ini mentaliti yang anda gunakan, anda akan rugi kerana anda pasti tidak akan pelajari apa-apa.
Ini kerana, apabila anda rasa anda sudah tahu, anda mula memandang rendah dan memperlekehkan apa yang diajarkan. Jadi, anda tidak akan mendengar dengan teliti dan tidak mampu menumpukan perhatian. Akhirnya, anda tidak akan belajar apa-apa. Persoalan saya, jika anda hadiri majlis ilmu untuk belajar tetapi anda tidak mampu belajar apa-apa, adakah anda tergolong dalam golongan orang yang pandai?? ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













