Sat 3 Nov 2007
Mutiara Kata
Posted by Osman Affan under Mutiara Kata
“Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.” Robert F. Kennedy.
Kata mutiara hari ini membuat saya terfikir, apakah sesuatu yang saya benar-benar mahu lakukan dan dalam masa yang sama saya benar-benar takut jika saya gagal? Hmm… ada beberapa perkara sebenarnya. Kegagalan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Banyak kegagalan yang telah saya tempuhi. Meskipun saya tahu kegagalan mengajar banyak perkara baru, saya masih lagi takut jika terpaksa berdepan lagi dengan kegagalan.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda mahu capai sesuatu tetapi takut jika anda gagal? Adakah anda takutkan kegagalan hingga anda takut dan tidak mahu mencuba? Mungkin anda mahu menulis buku tetapi takut jika ia tidak mendapat sambutan. Mungkin anda mahu memasuki mana-mana pertandingan tetapi anda takut kalah kerana terlalu ramai peserta hebat menyertainya. Mungkin anda mahu berkenalan dengan seseorang yang begitu menarik perhatian anda tetapi anda takut jika dia tidak berminat untuk kenal lebih rapat dengan anda.
Walau apa pun situasinya, mutiara kata ini mengingatkan kita bahawa jika kemungkinan untuk kita gagal itu begitu besar dan hebat, kemungkinan untuk berjaya juga begitu besar dan hebat. Selamat mencuba untuk mencapai apa-apa sahaja yang anda inginkan. ![]()




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














November 3rd, 2007 at 10:43 am
Hi semua.
gagal. satu kata maut pada kebanyakan orang. tapi tidak saya! mengapa? begini.
pegang pada prinsip bahawa kegagalan hanyalah persinggahan dalam pengembaraan menuju destinasi (kejayaan - hanya ada satu kejayaan, dan itu adalah destinasi kita - ). dengan ini, secara tidak disedari, gagal lebih kita mahukan. mengapa??? kerana ia akan mencorak perjalanan kita kepada lebih lancar. jangan jadikan kegagalan penamat bagi segala. jadikan ia pemangkin kejayaan!
pesan orang Melayu terkaya Malaysia, “kejayaan hanyalah satu destinasi”.
renung-renungkan. fikir-fikirkan…
= AzamWahid@yahoo.com =
November 5th, 2007 at 5:13 pm
Berani gagal..
gagal yang ada pengalaman lebih baik dari orang yang tak melakukan langsung.Pengalaman dari kegagalan itu pula digunakan untuk research menjadikan pemiliknya berfikir kreatif.kan lebih maju dari orang yang tidak gagal yang tidak melakukan apa-apa tadi.. sekalipun pada sesuatu yang paling kecil.
November 5th, 2007 at 7:32 pm
Azam, Fasiha…. terima kasih atas sumbangan buah fikiran dan pendapat. Benar, orang yang berani gagal sahaja yang lebih berani mencuba. Orang yang lebih berani mencuba pula akan punyai lebih kemungkinan untuk berjaya.