Fri 15 Sep 2006
Mutiara Kata
Posted by Osman Affan under Mutiara Kata
Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan. Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan. Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan. ~Osman Affan
Saya percaya anda ada matlamat, sebab itulah anda membaca petua harian ini untuk membantu usaha anda. Tips-tips motivasi diri menjelang peperiksaan sepanjang minggu ini menekankan tentang usaha anda untuk mencapai kejayaan. Walaupun ia mungkin kelihatan mudah, ia tidak begitu mudah untuk dipraktikkan. Saya sendiri juga sentiasa perlu mengingatkan diri saya supaya sentiasa mengamalkan tips-tips yang saya kongsikan bersama anda di sini.
Saya percaya anda tidak semestinya perlu baca 1000 petua untuk mencapai kejayaan. Selalunya, hanya dengan satu petua sahaja yang benar-benar dipraktikkan dan diamalkan, apa yang anda ingin kecapi selama ini akan tercapai. Persoalannya, sanggupkah anda anda berubah daripada tabiat lama kepada tabiat yang boleh membawa anda ke arah kejayaan?









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













