Wed 13 Aug 2008
Maklumbalas peserta program Keyakinan Diri UDM
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Program Motivasi
No Comments
Di dalam posting 27 Julai lalu saya ada ceritakan program keyakinan diri yang saya jalankan di Universiti Darul Iman Terengganu. Minggu lalu, saya terima kiriman maklumbalas daripada pihak pengurusan UDM. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hayati dan Puan Rosni di atas kiriman maklumbalas. Maklumbalas peserta adalah sesuatu yang saya perlukan untuk panduan dan juga sebagai pembakar semangat saya untuk jalankan program yang lebih baik.

Di sini saya kongsikan beberapa maklumbalas yang saya terima daripada para peserta program.
“Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.” ~Noor Hafiza Othman~
“Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya capai kejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!” ~Nur Iffah Aziz~
“Satu pendekatan yang amat rapat, seperti sudah lama kenal. Mudah diajak berbincang dan satu perjalanan ceramah yang tak pernah buat saya tutup mata atau tertidur.” ~Siti Zubaidah Abdullah~
“Program ini amat bagus kerana memberi kesan untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu program ini dapat membantu saya dan rakan-rakan tampil dengan berani dan bersemangat.”~Norziati Juwaini Jusoh~
“Very happening Talk Show. Memberi saya semangat baru dalam mencapai matlamat hidup saya.” ~Nadiah Mohd Razali~
“Program yang membuat saya sangat teruja. Saya suka cara En Osman Affan menarik perhatian audience. Sekali sudah menghadiri program ini pasti akan datang lagi.”~Norsalina Abdullah~
“Program motivasi ini amat seronok dan menggembirakan. Program ini merupakan program yang paling best pernah saya hadiri. Program ini amat berguna bagi saya dan rakan-rakan yang lain.”~Siti Norasiah Awang Su~
“Amat bagus untuk diri saya yang selalu merendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. EXCELLENT!” ~Nik Ayuni Nik Aziz~

“Program ini amat memberi kesan kepada diri saya. Melalui program sebegini saya mampu mengembangkan bakat serta potensi diri yang terpendam sekaligus memberi keyakinan dalam setiap tindakan dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang.”~Nurul Ashikin Basri~
“Sebelum ini saya selalu merasakan diri saya tidak berguna dan berharga tetapi sekarang saya tahu diri saya sahaja yang boleh merubah dan menjadi yang terbaik. Thanks a lot for giving me more confidence to be successful.” ~Nurul Hazirah Deraman~
“Program yang memberi banyak langkah untuk meningkatkan keyakinan diri dari segi minda, kemahiran dan aktiviti sesuai untuk pelajar terutamanya pelajar universiti yang kurang keyakinan diri.” ~Nur Izzatina Abd Ghafar~
“Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak pernah terlintas di fikiran kami… Syabas!” ~Nur Syazana Shanan~

Maklumbalas yang lain daripada kebiasaan dan sedikit mencuit hati saya.
“Kawan-kawan saya selalu mempermainkan saya setiap kali gambar En Osman dipamerkan di setiap tempat kerana saya mempunyai tahi lalat yang sama dengan En Osman. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi program yang dianjurkan. Apabila saya hadiri program ini saya amat gembira sekali kerana En Osman mengajar saya supaya cintakan diri sendiri. Saya berharap program ini akan diadakan lagi san saya kagum En Osman dan saya berazam untuk menjadi seperti En Osman.” ~Nurmuhsila Md Yusoff~
Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada semua peserta program keyakinan diri anjuran Unit Kaunseling Universiti Darul Iman ini.

Apa yang pasti takut buat salah akan membuat pelajar ini tidak akan berani mencuba. Jika mereka pandai melukis, mereka tidak akan berani masuk pertandingan kerana takut kalah. Jika mereka pandai menulis, mereka tidak akan berani menulis kerana bimbang orang tidak suka hasil tulisan mereka. Jika mereka banyak idea, mereka tidak akan berani luahkan kerana takut orang tidak bersetuju dengan idea mereka.
Sudahkah anda fikirkan mengapa anda sukar untuk tidur malam? Ada pelajar atau usahawan yang sukar tidur malam kerana ada ilham atau idea yang datang mencurah-curah. Ini menyebabkan semangat mereka naik lalu sukar untuk tidur. Namun mereka ini selalunya tidak ada masalah untuk bangun pagi kerana mereka tahu banyak perkara yang boleh mereka capai jika bangun awal pagi.
Dipendekkan cerita, sahabat saya ini gagal dalam peperiksaan A-Level. Dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke luar negara walaupun keputusan peperiksaan SPMnya sangat cemerlang. Saya tidak pasti di mana dia berada sekarang. Cuma saya rasa agak terkilan dan bimbang jika ramai lagi pelajar-pelajar yang berpotensi besar seperti sahabat saya ini di universiti-universiti Malaysia sekarang.
Saya baru sahaja dimaklumkan oleh sahabat baik saya Coach Ridz dan Coach Sha yang mereka akan mengadakan bengkel Bahasa Inggeris untuk guru tadika di Akademi Irsyadiah, seksyen 7 Shah Alam pada 22 Ogos (Jumaat). Yuran penyertaan yang dikenakan cuma RM50 dan bengkel ini terhad dan eksklusif kepada 20 peserta sahaja. Saya sendiri rasa terkejut dengan harga yang sangat rendah dan jumlah peserta yang sangat rendah ini. Ini menyebabkan saya buat keputusan untuk turut sama datang dan menyertai bengkel ini.
mahu datang ke program mereka setiap kali saya mempunyai kesempatan. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini atau ingin menmpah tempat yang terhad ini, anda boleh hubungi coach Sha di coachsha@englishguru.com.my atau sms 012-201 7353.
Semasa pelajar tinggal bersama ibu bapa di rumah, mereka mengikut jadual rumah di mana selepas pukul 10, 11 atau 12 semua ahli keluarga akan masuk tidur. Namun di universiti, tidak ada sesiapa yang mahu menjaga waktu tidur anda. Jika anda mahu menonton televisyen sampai pukul 3 pagi, tidak ada siapa pun ambil peduli. Jika anda mahu memetik gitar hingga subuh, mungkin semua orang hanya akan memekakkan telinga masing-masing.
Sejak tahun 2005, saya sudah aktif menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar di peringkat universiti. Apa yang saya lihat ialah memang ada pelajar yang tergolong dalam pelajar yang berdisiplin, cemerlang dan bercita-cita tinggi. Namun realitinya, lebih ramai lagi sebenarnya pelajar di universiti yang berfikiran negatif, malas, tidak ada cita-cita, terlalu selesa, tidak yakin diri, tidak mahu mencuba, lemah semangat, takut gagal dan sebagainya lagi.
Jika anda sakit dan pergi berjumpa doktor, tentu doktor akan cuba mencari tanda-tanda atau simptom penyakit yang anda ada. Jika anda ada beberapa tanda sekaligus untuk penyakit demam denggi contohnya, sudah hampir pasti anda sedang mengidap penyakit tersebut.
Saya merupakan salah seorang pelajar di upm….sebenarnya saya ingin berkongsi satu masalah dengan En..dan kalau boleh saya ingin sedikit pandangan daripada En. Semasa saya mula mendaftar sebagai mahasiswa di upm pada tahun lepas saya mempunyai 3 sahabat yg paling rapat,1 lelaki,2 perempuan..semua kerja kami lakukan bersama..mereka semua amat baik kepada saya..semasa kami berada di semester 1 kami banyak membuang masa & abaikan pelajaran akibatnya..lama kelamaan saya mulai lalai dan mengikut saja kehendak mereka..saya lupa untuk belajar& mengulangkaji pelajaran..
Waalaikumsalam warahmatullah.
Akhir sekali, jangan terlalu risau tentang apa orang kata. Orang memang suka berkata-kata. 
Langkah kedua - Gunakan tips daripada Brian Tracy yang berbunyi ‘Eat that frog’. Hehe… bukan maksudnya kalau nak siapkan kerja kena makan katak. Tips itu menyuruh kita menyiapkan kerja yang paling kita tidak suka dahulu. Selalunya pelajar akan pilih buat kerja yang mereka suka dulu. Akibatnya, mereka hilang tenaga dan tidak bersemangat untuk memulakan kerja-kerja yang lebih sukar. Akibatnya juga, kerja-kerja itu tertangguh hingga ke tahap ia tidak boleh ditangguhkan lagi. Apabila kita buat kerja yang kita tidak suka dahulu, tenaga kita masih banyak ketika itu. Jadi lebih mudah fokus. Kemudian setelah selesai kita akan terfikir, kalau kerja paling susah pun aku dah boleh selesaikan, ini kan pula kerja yang lebih senang.
Langkah keempat - Jika boleh, cari satu masa khas setiap hari untuk melakukan kerja tersebut. Katakan Ika pilih pukul 8.30 malam untuk buat kerja, setiap pukul 8.30 malam, duduk danbuat kerja. Jangan fikir apa-apa lagi. Jadikan ia satu rutin yang tidak perlu difikirkan lagi. Sama seperti menggosok gigi di waktu pagi. Adakah kita bangun setiap pagi dan fikir, “pagi ni aku nak gosok gigi ke tidak ye?”. Kemudian terus berfikir lagi, “Kalau gosok gigi, nanti gigi aku cantik dan bersih. Kalau tak gosok, nanti rosak. Ishh… nak gosok ke tidak ni?”
Sama seperti apabila saya melihat gelagat anak-anak saya. Setiap kali saya lihat anak-anak saya menunjukkan sifat degil, keras kepala atau terlalu manja, saya selalu cuba kaitkan dengan diri saya sendiri suatu masa dulu dan juga sekarang. Walaupun saya kurang selesa apabila anak saya menangis dengan kuat dan buat hal di depan orang ramai, saya terfikir tentu ibu bapa saya juga mengalami masalah yang sama suatu masa dulu. Selalu saya dengar cerita ibu saya tentang dalam 4 adik-beradik saya, sayalah yang paling banyak kerenah semasa kecil dahulu.



Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 


















