Sun 13 Jun 2010
Buku Teknik Memori SmartStudy – Sudah Terbit!
Posted by Osman Affan under Pengumuman
[2] Comments

Alhamdulillah. Setelah menunggu sekian lamanya, akhirnya buku panduan mengajar Teknik Memori buat guru, pensyarah dan juga ibu bapa telah terbit. Buku yang sama versi pelajar pula akan terbit tidak lama lagi.Di dalam buku ini, saya kongsikan beberapa teknik berkesan bagi menghafal fakta-fakta yang dipelajari di sekolah.
Kebanyakan pelajar dan guru terkeliru antara maksud ‘faham’ dan ‘ingat’. Maksudnya, ramai pelajar yang merasa hairan dan bertanya, “saya sudah belajar dan faham semua topik tetapi saya tidak dapat jawab dengan baik di dalam dewan peperiksaan.”Salah satu sebab utamanya ialah pelajar benar-benar faham semasa guru ajarkan sesuatu topik tetapi mereka gagal mengingat fakta yang penting untuk dijawab di dalam peperiksaan.
Jadi buku ini menunjukkan cara bagaimana sesuatu fakta boleh diingat dengan lebih mudah dan berkesan. Malah, jika teknik-teknik ini digunakan, proses menghafal akan jadi sangat menyeronokkan.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan penerbitan buku ini. Terima kasih kepada ahli keluarga saya yang sentiasa menyokong hasil kerja saya selama ini. Terima kasih khas kepada pihak PTS Professional yang bertungkus-lumus menukarkan manuskrip saya ke dalam bentuk buku yang indah ini.
Terima kasih khas kepada Tuan Yusri, PTS Professional yang sentiasa bersemangat dan bersedia membantu saya menghasilkan buku-buku sebegini. Akhir sekali, terima kasih terbesar kepada semua pelajar yang pernah mengikuti program SmartStudy Memory Skills. Banyak contoh di dalam buku ini adalah hasil daripada inspirasi yang saya perolehi daripada pelajar-pelajar yang pernah saya temui di dalam program-program SmartStudy.























June 13th, 2010 at 2:29 pm
Salam,
Boleh beli online? Apa URL nya?
September 26th, 2010 at 6:41 pm
salam, saya sudah membaca buku ini dan saya tertarik untuk mencubanya kepada pelajar saya.saya harap teknik mengingat sebegini boleh dikongsi oleh semua pelajar, terutamanya guru/pendidik.untuk kecemerlangan semua.