Mon 2 Mar 2009
Salah guna imej dan testimoni
Posted by Osman Affan under Pengumuman
[6] Comments
Hari ini saya agak terkejut apabila mendapat panggilan daripada Dr. Tengku Asmadi. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa ada pengusaha perniagaan berbentuk mlm terbaru yang menyalah gunakan imej dan nama saya untuk testimoni perniagaan mereka. Ia dilakukan oleh beberapa orang pengusaha perniagaan tersebut yang menggelarkan diri mereka Money Creator Group. MLM ini pula adalah di bawah perniagaan Stevens Tea Garden.
Apa yang menyedihkan saya ialah imej saya bersama imej program smartstudy digunakan untuk tujuan meningkatkan kredibiliti perniagaan mereka. Mereka juga menulis sendiri ayat-ayat testimoni yang kononnya datang daripada saya sendiri. Imej dan testimoni ini dipaparkan di laman web mereka. Saya langsung tidak pernah diberitahu oleh kumpulan ini mengenai testimoni tersebut. Malah yang lebih membimbangkan saya, saya tidak pernah menyertai mlm ini atau menyertai kumpulan mereka.
Bukan itu sahaja, nama Dr Tengku Asmadi juga digunakan bersama testimoni yang tidak pernah ditulis oleh beliau.
Sebelum ini saya pernah mendapat email ‘spam’ daripada mereka. Saya tidak layan email sebegitu kerana itu bukanlah satu etika perniagaan yang baik. Seperti yang saya tulis dalam buku saya ‘Menjual Perkhidmatan di internet’ terbitan True Wealth Sdn Bhd, kredibiliti sesebuah perniagaan adalah paling penting untuk memastikan ia bertahan dalam jangka masa panjang. Tindakan menghantar email spam dengan mudah akan merosakkan kredibiliti dan nama perniagaan dan individu yang terlibat di dalamnya.
Namun dengan tindakan kumpulan usahawan ini, ia telah merosakkan nama mereka sendiri. Saya percaya mereka adalah kumpulan yang sangat berjaya dalam perniagaan ini. Jadi mengapa agaknya perlu menyalah guna imej dan testimoni yang bukan saya berikan?
Besar harapan saya agar usahawan-usahawan kita sedar akan kepentingan menjaga nama baik perniagaan mereka. Semoga kejadian seperti ini tidak berulang.























March 5th, 2009 at 10:53 am
Osman,
Saya cadangkan ambil terus tindakan mahkamah. Saman kumpulan itu.
Kejadian ini juga menunjukkan TAMRIN perlu ada legal team/advisor/unit untuk mengelak trainer-trainer (sama ada bawah TAMRIN atau tidak) tidak disalahgunakan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab.
Kejadian ini juga menjatuhkan nama dan reputasi industri/syarikat MLM yang beroperasi secara telus dan jujur.
March 5th, 2009 at 10:58 am
Saja nak tambah, ayahanda saya juga pernah jadi mangsa sebegini, walaupun bukan dari MLM, tetapi dari pusat tuisyen.
Mereka menggunakan nama Dr Shukri Abdullah untuk mempopularkan program mereka padahal Dr Shukri langsung tidak kenal mereka.
Itu kes yang ‘terkantoi’ dengan kami. Ntahlah kalau ada lagi kes-kes yang kami tidak ketahui.
Mungkin pengalaman yang sama pernah dilalui oleh trainer lain, khususnya yang sering ke udara di TV dan radio seperti Sdr Osman, Tg Asmadi, Datuk Fadhillah, Sdr Fadzli dll.
March 5th, 2009 at 5:23 pm
Tuan Fitri,
terima kasih atas maklumbalas dan perkongsian Tuan. Ia banyak memberi gambaran mengenai apa yang patut dilakukan. Saya kini hanya menunggu maklumbalas dan nasihat daripada presiden Tamrin mengenai perkara ini.
Terima kasih.
March 10th, 2009 at 9:11 am
Apakah respon terbaru mereka selepas dihubungi tuan?
March 10th, 2009 at 2:41 pm
Tuan Zamri, masih belum ada respon lagi. Saya masih menunggu respon Dr Tengku Asmadi dulu. Nanti saya maklumkan.
March 11th, 2009 at 11:11 am
Apa pendapat Tuan Osman tentang bisnes ini…sebab saya mau join bawah Tuan kalau ok