Thu 14 Jan 2010
Selamat Hari Lahir Hana Khalilah.
Posted by Osman Affan under Pengumuman
Alhamdulillah, hari ini merupakan salah satu daripada hari-hari saya yang penuh dengan kegembiraan, keceriaan dan keriangan. Pada pukul 4.05 pagi ini, Khamis, 14 Januari 2010, isteri saya Elly selamat melahirkan anak ketiga kami, Hana Khalilah di Kuala Lumpur. Hana dilahirkan sihat dengan berat 3.17kg.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan-tuan dan Puan-puan yang menghantarkan ucapan tahniah dan doa kepada Hana, saya dan sekeluarga sama ada melalui sms, panggilan telefon dan juga mesej di Facebook/osman.affan. Saya benar-benar hargai semua ucapan dan doa tersebut. Saya terasa seperti rumah saya dikunjungi oleh tetamu yang datang tidak putus-putus apabila saya mendapat ucapan dan doa tersebut.

Sebagai seorang bapa, saya doakan kebahagian, kesejahteraan dan kehebatan di dalam hidup Hana Khalilah. Selamat hari lahir Hana Khalilah!
p/s Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ruhaifi dan SMK Chanis kerana bersetuju menunda program SmartStudy pada tarikh berikutnya. Itu juga merupakan satu penghargaan buat anakanda saya yang baru lahir ini. Terima kasih.
























January 14th, 2010 at 11:18 pm
Congrats (^.6)Your son so cute..
January 19th, 2010 at 12:12 am
Alhamdulilah, Tahniah Tuan Osman, semoga Hana Khalilah ini menjadi antara wanita yang terhebat di dunia dan akhirat kelak. Amin.
January 20th, 2010 at 10:15 pm
Terima kasih Tuan Shamsuddin.